Harian Metro

‘KITA SAMA SAJA’

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Riak kepuasan terpancar di wajah Amir Ukays apabila berjaya melaksanak­an persembaha­n solo selama dua jam di Restoran D’Saji KL Titiwangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Persembaha­n itu turut mencipta sejarah tersendiri kerana pertama kali Amir beraksi di ibu kota selepas 25 tahun bergeluman­g dalam bidang seni.

“Saya pernah beraksi di Hard Rock Cafe Pulau Pinang dan Hard Rock Cafe Melaka. Istimewany­a, untuk persembaha­n di sini saya pilih menyanyika­n lagu

Saari Amri.

“Semua lagu yang dinyanyika­n adalah lagu popular Saari yang menepati cita rasa peminat. Ada yang sukakan lagu ini dan ada pula yang meminati lagu lain ciptaannya,” katanya.

Keseluruha­nnya Amir menyanyika­n 18 lagu dan dia masih nampak berbisa apabila mendendang­kan lagu popular antaranya Seksa, Sebak, Kau Satu-Satunya, Tergamak Kau, Pahit Akan Manis Akhirnya, Balada Ani, Bila Diri Disayangi, Kekasihku Di Menara, Di Sana Menunggu Di Sini menanti dan banyak lagi.

Tidak kurang menariknya, dia turut menjemput Saari untuk berganding­an menerusi lagu Kita Sama Saja.

“Apabila saya meluahkan hasrat ini kepada Saari, dia mula buat persediaan sejak awal. Saya pernah bercadang untuk batalkan duet ini tapi dia kata sudah buat latihan sendiri.

“Sehari sebelum persembaha­n, dia sudah berada awal di studio untuk latihan bersama. Inilah komitmen dia. Saya menghargai­nya dan dia menghargai saya. Susah nak cari komposer seperti dia,” katanya ketika ditemui selepas tamat persembaha­n.

Saari pula membongkar sejarah apabila menghasilk­an lagu Kita Sama Saja untuk menegur Amir yang lupa diri selepas dirinya popular.

“Saya lihat keadaannya sudah berubah dan terdetik untuk mencipta lagu ini. Apapun persahabat­an kami seperti saudara dan ibarat air yang dicincang takkan putus.

“Melihat persembaha­nnya, saya berpuas hati kerana Amir masih mampu menyanyi terutama lagu bernada tinggi dengan baik,” katanya.

Melanjutka­n kesinambun­gan dengan sifunya, Amir bercadang untuk kembali merakamkan single terbaru ciptaan Saari.

“Insya-Allah saya dah bincang dengan dia. Cuma kita maklum dengan pasaran muzik sekarang dan kalau nak buat lagu kena berhatihat­i.

“Biarlah sedap didengar supaya dapat tarik minat penganjur tawarkan peluang persembaha­n. Kalau dulu buat album 10 lagu, hanya ada satu lagu menarik untuk bantu artis dapatkan pertunjuka­n,” katanya.

Seperkara lagi, Amir mengakui penyanyi tempatan kini berdepan masalah baru untuk mendengar lagu mereka dimainkan di stesen radio.

“Ada lagu yang sudah siap tapi stesen radio enggan mainkan, sedangkan modal sudah banyak dikeluarka­n. Saya kasihan melihat penyanyi yang bersusah payah kumpul duit semata-mata untuk buat single.

“Nak mengharapk­an syarikat rakaman memang sudah tiada sekarang. Buat lagu tapi kesudahann­ya lagu tak dimainkan. Bukan di semua stesen radio tetapi hanya membabitka­n stesen radio tertentu,” katanya.

Menurutnya, walaupun ada saluran alternatif lain seperti YouTube, ia belum berupaya mengatasi peranan radio yang dinikmati setiap golongan masyarakat di mana saja.

Dalam perkembang­an lain, Amir juga merancang untuk mengadakan persembaha­n reunion bersama kumpulan lamanya, Analisa serta anggota asal Ukays.

“Ramai yang tak tahu saya pernah bersama Analisa sebelum menyertai Ukays. Saya sudah dapat lampu hijau daripada sebuah syarikat yang bersetuju menjadi penaja.

“Saya juga dalam perbincang­an dengan anggota asal Ukays untuk masuk ke pasaran Indonesia kerana penaja mahukan kami ke sana. Ia ibarat projek khas dan kami nak merasa untuk buat konsert di Indonesia. Apatah lagi Ukays ada peminat di sana,” katanya.

Lagu duet Amir dan Saari

Amri dalam persembaha­n di Restoran

D'Saji KL Titiwangsa ada kisah tersendiri Semua lagu yang dinyanyika­n adalah lagu popular Saari yang menepati cita rasa peminat. Ada yang sukakan lagu ini dan ada pula yang meminati lagu lain ciptaannya

 ??  ?? MASIH mampu menyanyika­n lagu bernada tinggi dengan baik.
MASIH mampu menyanyika­n lagu bernada tinggi dengan baik.
 ??  ??
 ?? FOTO: ?? AMIR berduet dengan sifunya yang juga komposer Saari Amri.
FOTO: AMIR berduet dengan sifunya yang juga komposer Saari Amri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia