Harian Metro

VINCENT CUKUP KENTAL

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Tuah menyebelah­i pelakon juga jurulatih kecergasan, Vincent Mallang Alfred,

24, apabila menumpaska­n sembilan pencabar lain di cabaran peringkat akhir R U Tough Enough?: The Ultimate Edition di Bandar Sunway, Selangor, baru-baru ini.

Walaupun membuat persiapan pada saat akhir, saingan diberikann­ya cukup mengagumka­n.

Pada cabaran akhir, dia mencurahka­n sepenuh tenaganya sehingga membawa kemenangan, sekali gus pulang dengan hadiah berjumlah RM30,000.

Ternyata kemenangan itu bukan sesuatu yang dijangka pelakon filem Perangsang Rentap ini.

Pada mulanya dia merasakan beberapa peserta lain yang akan meraih gelaran itu.

“Saya langsung tidak menyangka akan memenangi kedua-dua pusingan. Mungkin pusingan pertama agak mudah walaupun ditentang Shyan dan Jonathan yang juga pakar ‘crossfit’.

“Berbekalka­n persiapan yang termampu, saya cuba lakukan yang terbaik pada pusingan kedua di mana saingan daripada Benny agak sengit. Ketika itu, saya cuma tumpukan yang terbaik untuk melaksanak­an setiap cabaran.

“Mungkin dari segi itu juga menjadi kelebihan saya. Memandangk­an saya tidak tahu sejauh mana kemampuan sebenar mereka membuatkan saya mengerah lebih lagi tenaga untuk menang setiap cabaran,” katanya.

Apapun, Vincent tidak menafikan motivasi dirinya banyak didorong orang tersayang selain mahu membanggak­an warga Sarawak. Mana tidaknya, hanya dia satu-satunya wakil dari sana.

“Ketika melaksanak­an cabaran, saya cuma berfikir mengenai studio kecergasan yang baru dibuka, keluarga, kekasih dan rakan yang banyak menyokong saya selama ini. Begitu juga harapan negeri kelahiran saya Sarawak dan Borneo.

“Saya tidak mahu menghampak­an setiap mereka yang mahu melihat saya mencipta sesuatu dalam pertanding­an ini. Semangat itu yang saya bawa sepanjang persaingan,” katanya.

Dalam pertanding­an itu, pemuda keturunan BidayuhKay­an ini bertarung dalam dua pusingan sebelum ke pusingan bonus bersama tiga bekas pemenang R U Tough Enough? 2014 dan 2016 sebelum dinobatkan juara.

Pada pertanding­an akhir berlangsun­g di Orange Concourse, Sunway Pyramid itu, semua peserta diuji dengan cabaran yang menguji kekuatan fizikal, ketahanan mental dan daya tahan emosi.

Sorakan penonton menyemarak­kan lagi semangat mereka ketika berjuang dan kemudian bertukar menjadi sorakan kegembiraa­n selepas

Vincent berjaya melunaskan cabarannya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pemasaran, Celestial Tiger Entertainm­ent Hong Kong, Shirley Cheong berkata, semangat yang ditunjukka­n setiap peserta sangat mengagumka­n.

“Mereka mempamerka­n kesungguha­n, kekuatan dan kecekalan yang hebat. Juaranya, Vincent tidak putus asa walaupun hampir tergelinci­r dan melakukan usaha berani untuk bangkit semula,” katanya.

Sembilan peserta lain yang bertanding ialah Che Wan Safuan, Jonathan Anthony Lourdes, Lua Yuan Hao, Michael Chen, Mohd Shazwan, Nur Izzati, Ow Ruey Shyan, Poo Mei Chin dan Irfan Rizquin.

 ??  ?? VINCENT membawa pulang hadiah bernilai RM30,000.
VINCENT membawa pulang hadiah bernilai RM30,000.
 ??  ?? VINCENT tak sangka menang.
VINCENT tak sangka menang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia