Harian Metro

TEROKA KEHIDUPAN ISTANA

-

Lawatan ke Muzium Diraja beri peluang pengunjung pelajari sejarah raja di negara ini

Penulis bersama jurugambar Aziah

Azmee berpeluang menikmati pengalaman menyeronok­kan selama tiga jam berada dalam muzium ketika pelancaran Denai Malam di Muzium, barubaru ini.

Program bermula di Muzium Tekstil Negara, kemudian lawatan diteruskan ke Muzium Diraja, Muzium Negara dan berakhir di Istana Satu.

Pelancaran disempurna­kan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Yean Yoke Heng.

Turut hadir, Ketua Pengarah JMM, Datuk Kamarul Baharin A Kasim, Timbalan Ketua Pengarah (Permuziuma­n) JMM,

Mohd Azmi Mohd Yusof dan Presiden Persatuan Pelanconga­n Dalam Negeri Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis.

Yean berkata, untuk peringkat permulaan, program itu dilaksanak­an pada minggu pertama dan ketiga November dan Disember ini iaitu sempena cuti persekolah­an.

Beliau berkata, program itu dalam satu pakej iaitu pengunjung boleh merasai pengalaman berbeza di setiap muzium.

“Di Muzium Tekstil Negara, pengunjung dibawa melawat ke galeri terpilih dan menikmati pengalaman mencanting batik.

“Muzium ini menjejak aliran dan perkembang­an tekstil yang memperciri­kan serta membentuk gaya masyarakat negara ini sejak zaman prasejarah hingga kini,” katanya.

Katanya, lawatan ke Muzium Diraja pula memberi peluang kepada pengunjung menerokai kehidupan di istana dan mempelajar­i sejarah raja di negara ini selain dijamu hidangan istana tradisi.

“Malah, muzium ini (Muzium Diraja) dulunya adalah Istana Negara lama iaitu kediaman rasmi Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dari

1957 hingga 2011.

“Bangunan ini diubah suai untuk dijadikan muzium dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1 Februari 2013.

“Penubuhan Muzium Diraja bertujuan memartabat­kan Institusi Raja Berperlemb­agaan di Malaysia melalui perkongsia­n maklumat mengenai peranan institusi berkenaan dan fungsi bangunan itu sendiri,” katanya.

Yean berkata, pengunjung akan diberikan perkongsia­n berkenaan sejarah Malaysia apabila melawat ke Muzium Negara.

“Destinasi terakhir ialah di Istana Satu di mana pengunjung berpeluang mencuba batik sarung dan mempelajar­i kaedah tradisi dalam penyediaan bahan masakan berasaskan menu tradisiona­l.

“Selain itu, pengunjung juga dapat menyaksika­n persembaha­n kebudayaan tradisi yang sangat jarang diadakan di kota

 ??  ?? SINGGAHSAN­A Diraja diperbuat daripada kayu cengal.
SINGGAHSAN­A Diraja diperbuat daripada kayu cengal.
 ??  ?? ANTARA tekstil yang dipamerkan di Muzium Negara.
ANTARA tekstil yang dipamerkan di Muzium Negara.
 ??  ?? WAKIL media duduk atas lantai untuk menikmati hidangan diraja di Muzium Diraja.
WAKIL media duduk atas lantai untuk menikmati hidangan diraja di Muzium Diraja.
 ??  ?? PUDING Diraja dihidangka­n kepada wakil media.
PUDING Diraja dihidangka­n kepada wakil media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia