Harian Metro

KAYU MEDIUM UTAMA ARCA

- DARI MUKA N35

Anniketyni adaptasi kekayaan budaya Sarawak dalam kerja seni

Kekayaan budaya di negeri kelahirann­ya, Sarawak memberi inspirasi kepada Anniketyni untuk mengadapta­si selain menghasilk­an karya menarik dan memukau sesiapa saja.

Anniketyni berkata, ‘Bejampong’ adalah perkataan daripada etnik Iban Laut di Sarawak bermaksud rangkuman kerja seni yang dihasilkan sebelum ini membabitka­n aspek reka bentuk, sejarah pua kumbu (songket Sarawak) dan kayu sebagai medium utama membuat arca. terdapat perubahan ketara pada reka bentuk arca kayu yang lebih baik dan kreatif,” katanya.

Katanya, jika sebelum ini arca kayu dihasilkan berbentuk rama-rama tapi kali ini mempunyai pelbagai bentuk seperti kiub, bulat, ombak dan segi empat selain proses pembuatann­ya cukup mencabar.

Wanita berusia 31 tahun itu berkata, salah satu karyanya bertajuk Kayu Betimbau#2 yang dihasilkan menggunaka­n medium campuran kayu keras begitu dekat dengan dirinya kerana menterjema­hkan perjalanan kerjanya dalam bidang kerja seni.

“Kayu berwarna merah bermaksud saya tengah bekerja dalam studio.

“Sementara warna hitam pula menyatakan saya tengah bekerja keras menyiapkan karya yang begitu rumit dihasilkan,” katanya.

Katanya, dia berharap karyanya itu dapat memberi inspirasi kepada artis muda untuk menghasilk­an arca menggunaka­n kayu kerana masih ramai tidak melakukann­ya.

Sementara itu, Kurator Pameran Bejampong, Azhar Ahmad berkata, penghasila­n arca kayu sangat penting untuk perkembang­an industri seni kontempora­ri tempatan.

“Kami memerlukan lebih ramai artis muda terbabit dalam pembuatan arca kayu kerana industri ini semakin berkembang dan mendapat perhatian.

“Saya kagum dengan Anniketyni kerana mempunyai bakat besar dalam bidang ini, lebih-lebih lagi mampu menghasilk­an arca kayu berbentuk beg tangan jenama terkenal seperti Chanel, Louis Vuitton dan Celine,” katanya. - Nor ‘Asyikin Mat Hayin

 ??  ?? ARCA kayu bertajuk Kayu Betimbau#2
dihasilkan menggunaka­n campuran kayu
keras.
ARCA kayu bertajuk Kayu Betimbau#2 dihasilkan menggunaka­n campuran kayu keras.
 ??  ?? ANNIKETYNI bersama arca kayu berbentuk beg tangan jenama terkenal seperti Chanel, Louis Vuitton dan Celine dihasilakn­ya. Kayu berwarna merah bermaksud saya tengah bekerja dalam studio
ANNIKETYNI bersama arca kayu berbentuk beg tangan jenama terkenal seperti Chanel, Louis Vuitton dan Celine dihasilakn­ya. Kayu berwarna merah bermaksud saya tengah bekerja dalam studio
 ??  ?? ANNIKETYNI bersama arca kayunya bertajuk Kayu Betimbau.
ANNIKETYNI bersama arca kayunya bertajuk Kayu Betimbau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia