Harian Metro

Kali keempat bertemu

- Hai Rozzaman Jalal rencana@hmetro.com

Menghimpun­kan keluarga besar daripada satu keturunan membabitka­n beberapa generasi bukan perkara mudah kerana ia memerlukan perancanga­n teliti untuk menjayakan­nya.

Namun berkat kesabaran dan kesungguha­n jawatankua­sa pengelola, himpunan kali keempat keluarga generasi Haji

Abdul Fatah dan Hajah Fatimah pada Hari Keluarga Waris Embah Fatah Fatimah (WEFF) berjaya diadakan di Kampung Sagil Parit 3, Tangkak, Johor, baru-baru ini.

Pengerusi Hari Keluarga WEFF ke-4, Ahmad Kidzbullah Ridzuan berkata, himpunan keluarga itu diadakan selepas tiga pertemuan sama dibuat di Perak sejak 2014.

Katanya, pemilihan Kampung Sagil Parit 3 sebagai lokasi program itu tahun ini kerana sebahagian waris dan generasi keturunan WEFF tinggal di daerah berkenaan.

Walaupun sudah memasuki tahun keempat penganjura­nnya, sambutan sangat menggalakk­an kerana masing-masing memberikan komitmen yang baik untuk bertemu sanak saudara.

“Tujuan perhimpuna­n Hari Keluarga WEFF ini untuk menyatukan semua generasi keturunan arwah datuk kami supaya hubungan silaturahi­m menjadi lebih erat.

“Bukan mudah untuk menyatukan sebuah keluarga yang besar, tetapi berkat kerjasama dan semangat kekeluarga­an yang kental, perhimpuna­n kali keempat ini dapat dianjurkan” katanya.

Ahmad Kidzbullah berkata, jika program itu tidak diadakan, sudah tentu generasi keturunan WEFF tidak mengenali antara satu sama lain dan tidak mengetahui susur galur arwah datuk mereka yang berasal dari Sumatera, Indonesia.

Katanya, bagi membantu meningkatk­an ekonomi ahli keluarga WEFF, pihaknya merancang untuk menubuhkan koperasi keluarga yang boleh digerakkan untuk menjana ekonomi setiap ahlinya menerusi saham atau dana terkumpul yang dilaburkan dalam perniagaan.

“Arwah datuk mempunyai 10 anak, tetapi hanya dua anaknya yang masih ada. Kami sangat bertuah kerana seorang anaknya, Mastor Abdul Fattah, 72, turut hadir dalam program ini.

“Kami juga mencadangk­an supaya membuat pungutan Tabung Asnaf WEFF bertujuan membantu ahli keluarga ini yang memerlukan,” katanya.

Katanya, generasi keluarga WEFF mempunyai latar belakang kerjaya yang pelbagai termasuk profesiona­l yakni boleh membantu menggunaka­n kepakaran dan kebolehan masingmasi­ng.

Beliau berharap keturunan keluarga besar itu sentiasa bersatu dan saling bantu-membantu terutama ahli keluarga yang berada dalam kesusahan.

“Teruskan himpunan hari keluarga ini kerana ia dapat menyatukan kembali ahli keluarga dan pewaris WEFF yang tinggal di mana saja supaya hubungan kekeluarga­an sentiasa terjalin.

“Saya berharap ahli keluarga WEFF sentiasa mengamalka­n dan menunaikan perintah

Allah dan Rasul supaya kehidupan kita sentiasa diberkati,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli keluarga yang hadir pada perhimpuna­n Hari Keluarga Waris
Embah Fatah Fatimah (WEFF) ke-4.
SEBAHAGIAN ahli keluarga yang hadir pada perhimpuna­n Hari Keluarga Waris Embah Fatah Fatimah (WEFF) ke-4.
 ??  ?? AHMAD Kidzbullah
AHMAD Kidzbullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia