Harian Metro

PERKASA KOMUNIKASI DIGITAL

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Yayasan Hasanah (Hasanah) iaitu sebuah yayasan milik Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) bekerjasam­a dengan Facebook melancarka­n program Latihan Media Sosial.

Program itu dibentuk untuk memperkasa­kan rakan kerjasama Hasanah ke arah peningkata­n komunikasi digital secara optimum menerusi media sosial supaya lebih dekat dengan komuniti hingga akar umbi, sukarelawa­n dan pemegang taruh.

Malah, program latihan media sosial ini dilaksanak­an melalui empat fasa bermula 28 November lalu hingga Oktober tahun depan.

Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Shahira Ahmed Bazari berkata, rakan kerjasama syarikat terbabit menjadi platform untuk membina dan menggalakk­an jalinan kerjasama kukuh demi mendapatka­n impak sosial yang positif dalam jangka panjang di negara ini.

“Kami sangat teruja dapat ‘mencipta’ peluang belajar daripada pelopor utama media sosial, Facebook.

“Malah, kami juga berharap rakan kerjasama mendapat manfaat daripada program latihan ini untuk kejayaan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata, program latihan itu diadakan setiap tiga bulan dan peserta perlu mengikuti pembelajar­an pelbagai tajuk termasuk memahami kumpulan sasaran, penetapan matlamat, analisis strategi dan matlamat serta cara memanfaatk­an kelebihan Facebook secara efektif.

“Hasanah dan Facebook akan membuat pemantauan setiap tiga bulan bagi memastikan peserta dapat mengikuti latihan dengan betul ke arah pemerkasaa­n digital.

“Kami komited membantu membina komuniti yang mahir komunikasi digital selain merapatkan jurang dalam kalangan rakyat di negara ini.

“Ini sebab utama kami bekerjasam­a dengan Yayasan Hasanah bagi melancarka­n program latihan media sosial untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Facebook Malaysia, Nicole Tan berkata, pihaknya turut berharap NGO di negara ini dapat memanfaatk­an teknologi untuk kebaikan sosial.

“Sesi latihan pertama dijalankan itu disertai 40 peserta terdiri daripada pegawai komunikasi, media sosial dan digital daripada rakan kerjasama Yayasan Hasanah.

“Lebih menarik, ia dikendalik­an Ketua Hal Ehwal Komuniti Asia Pasifik Facebook, Clair Deevy dan Pengurus Dasar Awam dan Jangkauan Asia Pasifik Facebook, Roy Tan.

“Matlamat kami ialah membantu NGO menggunaka­n kuasa teknologi mudah alih bagi memacu misi mereka untuk membantu masyarakat negara ini,” katanya.

 ??  ?? SHAHIRA
SHAHIRA
 ?? FOTO ?? SERAMAI 40 peserta mengikuti sesi pertama program.
FOTO SERAMAI 40 peserta mengikuti sesi pertama program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia