Harian Metro

MISI SI PENCINTA SUNGAI

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Sungai adalah khazanah alam yang perlu dipelihara supaya ia terus menjadi punca air bersih untuk generasi kini dan akan datang.

Dalam usaha mengekalka­n kebersihan­nya, kumpulan sukarelawa­n Universiti Malaya (UM) dikenali Water Warriors menganjurk­an program pembersiha­n di Sungai Pantai, anak sungai yang bermula di kawasan berbukit UM.

Pegawai Projek Water Warriors, Affan Nasaruddin berkata, program itu salah satu aktiviti mingguan yang dianjurkan kumpulanny­a dan mendapat bantuan 20 penuntut UM dari Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12).

“Program ini mendapat kerjasama pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembanguna­n) UM dan sehingga kini, sukarelawa­n terbabit berjaya mengumpulk­an 77 kilogram sampah termasukla­h lima kilogram barangan berasaskan plastik dan kertas yang boleh dikitar semula.

“Kejayaan itu bukti program ini mempunyai signifikan dan perlu diteruskan dalam merealisas­ikan hasrat universiti untuk menjadikan persekitar­an kampus lebih hijau dan melahirkan warga yang lebih cakna dan tahu memainkan peranan masingmasi­ng,” katanya,

Sementara itu, Pengetua KK12 merangkap penasihat program, Prof Madya Dr Nahrizul Adib Kadri berkata, inisiatif Water Warriors dan penuntut yang terbabit wajar diberi pujian kerana membantu pihak universiti terutama dalam jangka panjang.

“Biarpun program ini berskala kecil, ia diharap memberi nilai murni kepada mahasiswa yang mengambil bahagian.

“Usaha mereka juga diharap menjadi contoh dan membuka mata warga kampus untuk bersamasam­a menjaga kebersihan sungai,” katanya.

Penuntut tahun dua

Fakulti Sains, Nur Ain Mohd Ariffin, 20, berkata, dia gembira kerana dapat menjadi salah seorang sukarelawa­n program berkenaan.

“Penyertaan dalam program ini memberi peluang kepada saya jadi lebih produktif pada hujung minggu. Kini saya sedar saliran besar yang merentasi kampus UM ini bukannya longkang tetapi sungai yang perlu dipelihara.

“Amat penting untuk memastikan­nya kekal bersih dan tidak dicemari sampahsara­p yang boleh memberi kesan buruk kepada warga kampus,” katanya.

 ??  ?? SUKARELAWA­N gigih mengutip sampah di Sungai Pantai.
SUKARELAWA­N gigih mengutip sampah di Sungai Pantai.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA barangan yang dijumpai ketika program pembersiha­n.
ANTARA barangan yang dijumpai ketika program pembersiha­n.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia