Harian Metro

ABAI AMALAN BERPANTANG

-

Ada juga yang tidak tahu mereka mengalami mati putik disebabkan terkeliru dengan perubahan diri selepas melahirkan anak. Paling teruk, ada yang menganggap diri mereka kurang tertarik kepada pasangan disebabkan faktor ‘berbahagi kasih’ antara anak dan suami.

“Sepanjang mengendali­kan spa, majoriti pelanggan yang saya temui tidak tahu mereka mengalami mati putik. Jika hendak digambarka­n dengan angka, kira-kira lapan daripada 10 wanita yang datang untuk bertangas di sini mengalami masalah disfungsi seksual.

“Mereka ini dari luarannya nampak sihat, tetapi melalui masa sukar ketika bersama suami, tidak ada rasa ghairah atau minat untuk bersama hinggakan ada yang mengaku sudah empat bulan menjalani kehidupan suami isteri yang ‘kosong’,” katanya.

Jelas Nur Ain, banyak faktor mendorong berlakunya mati putik dalam kalangan wanita moden kini. Antara punca utama adalah mengabaika­n amalan penjagaan dalaman dan luaran ketika proses berpantang selepas melahirkan anak.

“Kalau dikaji, terdapat beberapa situasi yang boleh menyumbang kepada mati putik. Bagi wanita yang masih ragu-ragu, mungkin mereka boleh lihat kembali sejarah kelahiran yang lalu.

“Lihat sama ada mereka pernah melalui tekanan perasaan ketika bersalin atau berpantang, mengalami kemurungan, tidak berurut selepas bersalin, meninggalk­an amalan bertungku atau ada melanggar adab lain ketika berpantang.

“Sekiranya ada antara perkara berikut berlaku dan wanita berkenaan jelas semakin kurang berminat untuk mengadakan hubungan intim dengan pasangan, ada kemungkina­n dia mengalami mati putik. Usah malu untuk mendapatka­n bantuan dan rawatan

Antara faktor utama dorong mati putik

dalam kalangan

wanita moden kini

 ??  ?? BAHAN bertangas basah.
BAHAN bertangas basah.
 ??  ?? AMALAN bertungku juga harus dilakukan wanita selepas bersalin.
AMALAN bertungku juga harus dilakukan wanita selepas bersalin.
 ??  ?? RUANG selesa untuk berurut dan bertangas.
RUANG selesa untuk berurut dan bertangas.
 ??  ?? BERTANGAS
wajar jadi rutin bulanan
wanita.
BERTANGAS wajar jadi rutin bulanan wanita.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia