Harian Metro

MINUMAN PERLINDUNG­AN SINAR UV

-

Menyapu krim perlindung­an sinar ultra lembayung (UV) mungkin kedengaran agak leceh terutama jika perlu diulang pakai setiap beberapa jam atau selepas mencuci muka.

Bagi mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak, menyapu krim bukan pilihan bijak, tambahan dalam keadaan cuaca negara kita yang tidak menentu. Berpeluh, hujan dan panas matahari sudah pasti mendatangk­an rasa tidak selesa.

Berikutan itu, ramai wanita mengambil jalan mudah. Mereka bergantung penuh kepada peratusan kecil perlindung­an UV yang terkandung dalam produk kosmetik harian.

Jelas sekali pilihan itu tidak membawa faedah besar kepada kulit, apatah lagi melindungi­nya daripada selaran sinar UV berbahaya. Dalam kebanyakan situasi, sinar UV boleh diumpamaka­n sebagai mimpi ngeri kepada wanita.

Pada lapisan luar kulit (epidermis), terdapat sel yang mengandung­i pigmen melanin. Ia berperanan melindungi kulit daripada sinar UV matahari. Sungguhpun sinar ini tidak dapat dilihat, ia amat berbahaya.

Justeru, pendedahan terhadap sinar UV dalam tempoh panjang ini yang menyebabka­n selaran matahari. Kerosakan kulit akibat sinaran matahari juga boleh mengakibat­kan kedutan, kulit berjeragat dan mengendur serta bintik perang.

Alternatif UV-Bright

Kinohimits­u Malaysia baru-baru ini melancarka­n produk ‘minuman UV’ pertama seumpamany­a, UVBright di Watsons, Sunway Pyramid. Pelancaran itu seiring kempen kesedaran mengenai pentingnya perlindung­an matahari terutama ketika musim bercuti sepanjang tahun.

Bermula dengan sajian minuman beri segar yang dicampur dengan UV-Bright Kinohimits­u, tetamu yang hadir turut berpeluang menukar produk perlindung­an UV mereka dengan dua botol minuman berkenaan.

Pengarah Eksekutif

Kino Biotech, Marcus Chong berkata, pihaknya komited menawarkan pilihan perlindung­an sinar UV paling mudah untuk memenuhi keperluan pengguna dari semasa ke semasa.

“Kinohimits­u UV-Bright bukan saja menawarkan perlindung­an UV untuk wajah, tetapi seluruh badan termasuk bawah lengan, siku, perut, lutut, dan pangkal paha. Ia melindungi tubuh daripada ancaman kerosakan kulit akibat sinar UV selama sembilan jam.

“Minuman ini kaya dengan khasiat daripada ekstrak biji anggur (OPC), jus anggur merah dan vitamin C untuk kulit lebih cerah, sekata dan muda hanya dalam enam hari.

“Ia 100 peratus semula jadi, tiada gula tambahan, pengawet, pewarna tiruan atau bahan kimia berbahaya. Formula cecairnya membolehka­n khasiatnya diserap mudah oleh badan. Paling penting, ia juga lazat dan mudah diminum,” katanya.

 ?? FOTO: ?? MARCUS Chong dan Ketua Dagangan Watson, Foo Hwe Jick ketika pelancaran UV-Bright.
FOTO: MARCUS Chong dan Ketua Dagangan Watson, Foo Hwe Jick ketika pelancaran UV-Bright.
 ??  ?? UV-Bright Kinohimits­u.
UV-Bright Kinohimits­u.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia