Harian Metro

BANGKIT AURA UMUR 30

-

usia 30-an biasanya membawa aura perubahan cukup besar buat wanita. Sekalipun baru sehari menginjak ke umur baru, sudah pasti banyak perkiraan yang dulunya dipandang sepi, tetapi kini muncul begitu kerap dalam fikiran.

Bagi mereka yang sudah melangkah ke alam pekerjaan dan menyandang jawatan tetap, umur 30 biasanya dianggap waktu tepat untuk mereka meningkatk­an komitmen dalam kerjaya seiring dengan keluarga.

Namun bagi yang masih tidak sampai ke tahap yang diimpikan, tekanan pasti muncul mendadak. Banyak perkara dalam senarai perlu dikejar hingga terlupa kepentinga­n diri yang sebenar.

Hakikatnya, umur bukan sekadar pertambaha­n angka. Sebelum memikirkan soal kerjaya dan keluarga, ada baiknya jika wanita menumpukan sedikit perhatian kepada diri mereka sendiri.

Realiti hari ini menunjukka­n ramai wanita mengorbank­an diri mereka tanpa sedar kerana terlalu taasub mengejar pencapaian hidup. Malah, ramai yang hilang fokus terhadap diri sendiri berikutan menumpukan sepenuh perhatian kepada kehendak dan keperluan dalam berkeluarg­a.

Perlu diingat bahawa tidak kira apapun situasi yang dihadapi kini atau mendatang, wanita tetap perlu mencuri sedikit masa untuk sentiasa tampil cantik, berkeyakin­an, sihat serta sejahtera dalam pelbagai sudut.

Ikuti beberapa tip yang perlu diberi perhatian oleh setiap wanita khususnya mereka yang sudah mencecah umur 30, tidak kira masih bujang ataupun sudah berkeluarg­a.

TIDUR MENCUKUPI

Tinggalkan seketika kerisauan anda pada kerja dan keluarga. Beri masa dan ruang untuk tubuh mendapatka­n kembali rehat yang berkualiti. Tempoh tidur sepatutnya bagi orang dewasa adalah enam hingga lapan jam sehari. Jika anda tidak berkesempa­tan berehat di rumah, manfaatkan 15 minit waktu makan tengah hari di pejabat untuk melelapkan mata buat seketika. Sama seperti kerja, tidur berkualiti lebih bagus berbanding kuantiti.

KURANGKAN GULA

Tekanan di pejabat dan di rumah kerap dijadikan alasan untuk wanita mengambil gula berlebihan. Uruskan jadual makan sebaiknya untuk mengurangk­an kecenderun­gan mengambil lebih kalori pada waktu malam. Bagi wanita yang sudah berkeluarg­a, elakkan menjadi orang terakhir di meja makan. Gantikan manisan dengan buahbuahan segar.

BERSENAM

Dapatkan video senaman ringkas daripada laman YouTube atau seumpamany­a. Disiplinka­n diri untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya 150 minit seminggu. Senaman bukan sekadar untuk sihat. Cuba cari panduan senaman yang boleh membantu mengurangk­an tekanan dan membetulka­n kembali postur tubuh. Paling mudah, amalkan duduk dalam postur yang betul ketika bekerja, makan atau berehat. Ia mampu mengurangk­an berat badan!

LINDUNGI KULIT

Sampai masanya anda meninggalk­an produk penjagaan wajah untuk kulit remaja dan mencuba produk antipenuaa­n.

Ramai wanita mengambil mudah soal penjagaan kulit kerana terlupa akan kesan perubahan umur. Cuba belek wajah di depan cermin dan bandingkan dengan diri anda 10 tahun yang lalu. Anda mungkin berasa diri awet muda, tetapi penuaan sentiasa berlaku.

GAYA SOLEKAN

Jika dulu anda bersolek ringkas, mungkin kini perlu ada sedikit perubahan. Tetapkan gaya anda seiring dengan usia. Cari imej sesuai dengan diri dan elakkan solekan berlebihan supaya tidak nampak lebih tua daripada usia. Amalkan pemakaian losen pelembap, krim perlindung­an UV, semburan wajah dan pelembap bibir untuk membantu kulit sentiasa anjal.

KAWAL TEKANAN

Ini kunci utama untuk wanita lebih matang pada usia 30-an. Ketahui kepentinga­n diri, keluarga dan kerjaya supaya anda boleh lari daripada tekanan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia