Harian Metro

LEBIH GEMAR BAHAN ORGANIK

-

Roza buat kajian sebelum pilih produk penjagaan kulit

Kebetulan ketika itu saya lasak dan kuat bersukan, jadi kulit mudah terbakar. Krim berkenaan saya sapu pada wajah untuk kesan mencerah dan mencantikk­an kembali kulit yang terjejas,” katanya yang giat mengamalka­n petua kecantikan tradisiona­l dengan sentuhan moden.

Menurut Roza, tidak kira produk di pasaran atau petua ringkas, kedua-duanya dijadikan amalan harian. Madu umpamanya, antara bahan wajib ada untuk dijadikan minuman dan menghasilk­an masker kulit atau bibir. Sementara bagi produk di pasaran, Roza setia dengan SK II dan kini turut menggabung­kan penggunaan­nya dengan jenama penjagaan L’occitane.

“Rutin harian saya sejak dulu hingga kini tidak banyak yang berbeza. Bangun pagi, saya akan minum dua gelas susu atau air suam. Saya juga mengamalka­n pengambila­n kapsul minyak ikan setiap pagi dan malam.

“Buah-buahan pilihan saya pula biasanya adalah ceri, strawberi dan anggur.

Saya tidak mengambil gula. Kebanyakan sumber gula saya adalah daripada buah-buahan yang saya ambil.

“Selain itu, saya juga penggemar ulam. Saya makan seperti biasa, tetapi mengehadka­n kuantiti yang diambil kerana sedar bukan mudah untuk menurunkan berat badan jika sudah mengalami kenaikan.

“Paling utama, saya akan memastikan diri sentiasa cergas menerusi senaman. Kira-kira dua jam sebelum tidur, saya akan lakukan tekan tubi dan squat, diikuti yoga (tiga kali seminggu) dan mengambil minuman nyah toksid (antara dua hingga tiga kali seminggu). Sebelum tidur, saya akan pastikan wajah dicuci bersih, disapu esen rawatan dan pelembap,” katanya.

KONGSI PETUA

lapisan primer supaya solekan kekal lama.

“Selalunya saya akan urut sekitar mata ketika meletakkan primer. Mata ini perlu diberi perhatian kerana ia memainkan peranan utama pada wajah. Urutan lembut sekitar mata mampu menyegarka­n penglihata­n dan menaikkan seri wajah.

“Saya juga amalkan pengambila­n satu sudu madu setiap pagi untuk memberi kesegaran dan tenaga. Saya percaya bukan semua orang boleh minum susu seperti yang saya amalkan, jadi madu boleh menjadi ganti.

“Satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua wanita, usah terburu-buru untuk cantik. Kecantikan sebenar adalah apabila kita tidak memaksa diri untuk cantik. Penggunaan produk mahupun petua alami haruslah dilakukan secara rutin dan berterusan,” katanya.

TIP KECANTIKAN

Jarakkan masa amalan petua alami dengan produk kecantikan.

Tetapkan giliran untuk memanjakan tubuh dengan bahan semula jadi.

Usah guna dua jenis produk yang sama pada satu masa.

Sentiasa tukar produk penjagaan (yang sesuai) secara bergilir-gilir.

Kekalkan rutin disiplin yang tinggi untuk kesan penjagaan yang optimum.

Campurkan madu dengan lemon sebagai masker untuk 30 minit, seminggu sekali.

Gunakan air perahan lemon untuk mengecutka­n jerawat.

 ??  ?? ROZAIDAH Khair Johari berkongsi
petua.
ROZAIDAH Khair Johari berkongsi petua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia