Harian Metro

PERGINYA HERO PALING MENAWAN

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Pelakon memiliki senyuman paling menawan yang mampu mencairkan hati jutaan peminat wanita, Shashi Kapoor pergi buat selama-lamanya petang kelmarin akibat jangkitan kuman pada paru-paru selain mengalami masalah buah pinggang dan menjalani dialisis sejak beberapa tahun lalu.

Hero filem romantik era 1970an dan 1980-an itu disahkan meninggal dunia jam 5.20 petang pada usia 79 tahun di Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani Hospital, Mumbai, India.

Mayat mendiang disemadika­n di Mumbai, pagi semalam.

Bermula dengan bapanya, Prithviraj Kapoor yang berasal dari Faisalabad, Pakistan sebagai perintis dalam dunia perfileman India dan Hindi berlakon filem bisu, legasinya dalam perfileman diteruskan anak, anak saudara, cucu dan cicitnya.

Shashi adalah anak bongsu. Dua abangnya juga pelakon iaitu Raj dan Shammi.

Darah seni keluarga itu terus mengalir kepada anak saudaranya iaitu Rishi Kapoor dan Randhir Kapoor.

Tidak lengkap dalam biografi mendiang jika tidak menyebut generasi baru keturunan Kapoor iaitu Karisma Kapoor, Kareena Kapoor dan Ranbir Kapoor yang cukup berjaya dalam kerjaya lakonan mereka hari ini.

Shashi mula berlakon ketika berusia empat tahun dalam teater terbitan dan arahan bapanya. Kemudian pada era 1940-an, dia memulakan kerjaya lakonannya di layar lebar sebagai pelakon kanak-kanak menerusi filem Aag pada 1948 dan Awaara (1951).

Dia juga pernah menjadi penolong pengarah pada era 1950-an.

Shashi mula diangkat sebagai hero dalam filem Dharmputra pada 1961 dan sehingga era 1970an dan pertengaha­n 1980-an.

Dia sudah berlakon dalam

116 filem dan antara yang paling diingati ialah Deewar, Kabhie Kabhie, Namak Halal dan Kaala Pathar.

Daripada jumlah itu, dia menjadi hero dalam 61 filem dan selebihnya berlakon dalam pelbagai watak, pelakon pembantu dan penampilan istimewa.

Pada 1961, Shashi melebarkan bakat lakonannya dalam filem Inggeris, The Householde­r dan Shakespear­e-Wallah terbitan Merchant Ivory Production­s.

Dia adalah pelakon pertama India yang berlakon di pentas antarabang­sa.

Sepanjang kerjaya seninya, Shashi pernah berpasanga­n dalam filem dengan Raakhee, Sharmila Tagore, Zeenat Aman, Hema Malini, Parveen Babi dan Moushumi Chatterjee.

Dia berlakon 10 filem dengan Hema Malini dan enam daripada filem lakonan mereka yang mendapat sambutan hangat seperti Abhinetri, Aap Beati, Trishul, Aandhi Toofan, Apna Khoon dan Maan Gaye Ustaad.

Mendiang pernah diiktiraf sebagai pelakon yang mendapat bayaran kedua paling tinggi selepas Dev Anand (1970-75) dan berkongsi kedudukan dengan

Dev Anand menerima bayaran ketiga tertinggi (1976-82). Ketika itu, Rajesh Khanna mendapat bayaran tertinggi.

Shashi juga menyenarai­kan Nanda, Pran, Dharmendra,

Dev Anand, Ismail Merchant, Rajesh Khanna dan Sanjeev Kumars adalah rakan paling rapatnya kerana mereka sezaman dengannya.

Selain itu, dia akrab dengan Amitabh Bachchan,

Yash Chopra, MGR, Kishore Kumar, Mohammed Rafi, Lata Mangeshkar dan ramai pelakon lain yang pernah bekerja dengannya.

Pada 2011, Shashi dianugerah­kan Padma Bhushan dan anugerah paling berprestij, Dada Saheb Phalke pada 2015.

Bertemu jodoh di pentas teater

Pelakon kelahiran Kolkata ini bertemu jodoh dengan pelakon Britain, Jennifer Kendal pada 1956 ketika berlakon dalam kumpulan teater bapanya, Prithvi Theatre.

Kumpulan teater Shakespear­e Geoffrey Kendal dari Britain turut berada di Kokata ketika itu.

Jennifer adalah anak kepada Geoffrey dan selepas beberapa pertemuan mereka jatuh cinta. Walaupun pada awalnya perkahwina­n itu ditentang Geoffrey, namun jodoh mereka sangat kuat.

Pelakon TV dan teater terkenal Britain, Felicity Ann Kendal, 71, adalah kakak Jennifer.

Pasangan itu berkahwin pada Julai 1958 dan meneruskan kerjaya lakonan bersama.

Mereka kemudian menguruska­n Prithvi Theatre di Mumbai sehingga Jennifer disahkan menghidap kanser dan meninggal dunia pada 1984.

Mereka dikurniaka­n tiga anak iaitu Kunal Kapoor, Karan Kapoor dan Sanjana Kapoor.

Ketiga-tiga anaknya juga terbabit dalam dunia seni. Kunal mempunyai syarikat produksi yang sangat berjaya iaitu AdfilmVala­s, Sanjana aktif berlakon teater dan Karan pernah menjadi model di London dan jurugambar yang kini menetap di London.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia