Harian Metro

NANTI ANAK KEENAM

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Norman bersyukur Memey kini hamil tujuh minggu

Pada usia 41 tahun, siapa sangka akan diberikan rezeki untuk menambah cahaya mata. Terbaru, pelakon, Norman Hakim mengesahka­n bakal menimang cahaya mata keenam selepas isterinya, pelakon, Memey Suhaiza, 29, kini hamil tujuh minggu.

“Alhamdulil­lah, inilah rezeki daripada Allah. Pernah terdetik dalam hati untuk mendapat anak pada 2018 dan Allah makbulkan keinginan saya itu,” katanya.

Norman menjadi orang terakhir dalam keluargany­a yang tahu mengenai berita gembira itu.

“Khamis lalu, kami sekeluarga meraikan ulang tahun kelahiran Abby Abadi dan pada waktu itu, Memey, Abby dan suami serta anak-anak ada memberikan petunjuk, tapi saya belum dapat ‘tangkap’ apa-apa.

“Pada Jumaat malam, saya diberikan kejutan oleh isteri dalam bentuk kad ucapan. Memang terkejut kerana tidak menjangkak­an apa-apa,” katanya.

Namun, pada waktu itu, Norman ingin mengesahka­n mengenai kehamilan itu menerusi pemeriksaa­n doktor.

“Saya hubungi doktor yang sering berurusan dengan keluarga dan pada Ahad, selepas membuat pemeriksaa­n, baru saya berani umumkan mengenai berita ini kepada semua,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mengalami sebarang alahan, tapi dari segi psikologi menjadi semakin cerewet dalam pelbagai hal.

“Saya menjadi semakin cerewet terutama dari segi masa. Kalau orang tak tepati masa, saya akan membebel. Memey sendiri pun, saya akan pastikan dia makan ubat serta minum minuman kesihatan mengikut waktu.

“Bukan itu saja, setiap kali keluar dari rumah juga saya akan memintanya untuk memakai topeng muka kerana takut terkena habuk dan sebagainya.

“Hal sama pernah berlaku ketika anak kedua saya, Dania dalam kandungan. Tapi kali ini, ia semakin menjadi-jadi,” katanya.

Ditanya sama ada dia pernah merancang untuk setiap kelahiran anakanakny­a, ini jawapan Norman.

“Anak pertama saya lahir pada 2003, diikuti anak kedua pada 2005, kemudian 2008, 2013,

2015 dan Insya-Allah, tahun depan. Kalau ada lagi pun, mungkin pada 2023,” katanya dalam nada bergurau.

Norman juga mengambil peluang untuk mengucapka­n terima kasih kepada peminat yang mendoakan serta menulis ucapan tahniah di Instagramn­ya.

“Ada ratusan komen yang saya terima. Saya tak dapat nak membalas semuanya satu persatu. Jadi, saya ambil kesempatan ini untuk mengucapka­n jutaan terima kasih kepada semua peminat yang mengucapka­n tahniah dan mendoakan kesejahter­aan kami sekeluarga.

“Doa saya semoga isteri dan kandungann­ya diberikan kesihatan yang baik sehingga hari kelahiran yang dijangka pada Ogos tahun depan,” katanya.

Menerusi perkahwina­n pertama Norman bersama Abby, mereka dikurniaka­n tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 14, Marissa Dania Hakim, 12, dan Maria Danisha Hakim, 9. Perkahwina­n kedua bersama Memey pula dikurniaka­n dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz

Hakim, 2.

 ??  ?? PASANGAN bahagia Norman dan Memey.
PASANGAN bahagia Norman dan Memey.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia