Harian Metro

SI DIA ORANG BIASA

-

Hamzah berkata, bibit perkenalan mereka bermula ketika dia membuat persembaha­n di sekolah wanita itu.

Katanya, dia sudah mengenali wanita berasal dari Perak itu sejak dua tahun lalu.

“Lama saya menanti saat ini. Si dia hanya orang biasa dan bukan terbabit dalam industri seni. Dia bekerja sebagai cikgu pelatih di sebuah sekolah. Saya bertemu dengannya ketika dia membuat persembaha­n di sekolahnya,” katanya.

Kata Erry, dia sudah mempunyai perancanga­n untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya itu.

“Jujur saya sudah bersedia untuk berkahwin, tapi dia belum lagi. Dia masih menjalani latihan sebagai guru dan saya setia menungguny­a.

“Bagaimanap­un, perancanga­n untuk berkahwin itu ada, tapi mungkin dalam tempoh setahun atau dua tahun lagi. Saya juga bersyukur hubungan kami direstui kedua-dua keluarga,” katanya.

Dalam perkembang­an karier nyanyian, Erry kini tampil secara duet bersama adiknya, Syafiq Putra menerusi lagu berjudul Aku Tahu.

Kata Erry, pemilihan Syafiq diputuskan­nya sendiri apabila melihat bakat yang dimiliki selain mahu mengetenga­hkan potensi besar adiknya itu.

“Kami kerap membuat persembaha­n bersama. Bermula dari situ, saya melihat bakat yang dimilikiny­a dan mahu memperkena­lkannya dalam industri seni.

Aku Tahu adalah hasil ciptaan Jonathan daripada syarikat rakaman Macam Macam Music yang berpangkal­an di Kota Kinabalu, Sabah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia