Harian Metro

SINOPSIS TV

- HBO HD (ASTRO 431), 9.45 malam THE PURGE: ELECTION YEAR TV3, 10 malam DEKATKAN JARAK KITA (EPISOD 8) TV3, 7 malam LELAKI ITU PEMILIK HATIKU (EPISOD 22)

Bayangkan anda diberikan masa 12 jam untuk melakukan apa saja jenayah tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Itulah yang cuba dipaparkan dalam filem The Purge: Election Year garapan pengarah James DeMonaco.

The Purge: Election

Year yang ditayangka­n di Amerika Syarikat pada 1 Julai lalu adalah pelengkap dua filem terdahulu, The Purge pada 2013 dan The Purge: Anarchy (2014).

Masih mengekalka­n acara jenayah tahunan yang dikenali sebagai

The Purge anjuran New Founding Fathers of America (NFFA), orang ramai bebas melakukan apa saja jenayah termasuk membunuh.

Lebih parah lagi, sepanjang tempoh The Purge berlangsun­g, polis tidak akan mengambil sebarang tindakan dan hospital juga akan menghentik­an operasi.

Menerusi filem ketiga ini, ia mengisahka­n Senator Charlene

Roan yang sebelum ini terselamat daripada jenayah 12 jam itu 18 tahun lalu.

Sebagai calon Presiden Amerika Syarikat, Charlene melaungkan kempen menamatkan The Purge.

Bagaimanap­un, dalam usaha menamatkan acara gila itu, dia perlu menyelamat­kan dirinya daripada terus diburu mereka yang mahu membunuhny­a.

Tidak bersendiri­an, Charlene turut dibantu pegawai keselamata­nnya, Leo Barnes (Frank Grillo). Usaha mereka turut disokong pemilik kedai, Joe (Mykelti Williamson), pembantuny­a, Marcos (Joseph Julian Soria) dan anggota paramedik, Laney (Betty Garbriel).

Pelakon: Elizabeth Mitchell, Frank Grillo & Mykelti Williamson Perubahan Della daripada gadis liar kepada baik sebenarnya ada maksud tersirat. Tashriq menolak cinta Della kerana dia kecewa.

Pelakon: Ayda Jebat, Syafiq Kyle & Nadia Brian Andrea tidak lagi seksi seperti dulu. Dia terkejut apabila mengetahui Luqman sudah berkahwin dengan Nurin.

Pelakon: Raja Afiq, Puteri Aishah & Julia Farhana Marin

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia