Harian Metro

KATY MENANG SAMAN

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Gembira berjaya beli pusat biarawati untuk dijadikan tempat tinggal ibu dan nenek

Penyanyi Katy Perry menang besar sejumlah wang selepas memenangi pertarunga­n dengan ahli perniagaan, Dana Hollister untuk membeli pusat biarawati di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Katy, 33, menang RM13 juta sebagai pampasan hukuman membabitka­n ahli perniagaan berkenaan yang mana terdahulu penyanyi itu turut diberikan wang pampasan RM6 juta untuk pembiayaan kes itu.

Ternyata kemenangan berkenaan memberikan kelegaan kepada penyanyi

Swish Swish itu dan ia disampaika­n sendiri peguambela­nya, Eric Rowen.

“Kami sangat gembira dengan keputusan itu,” katanya.

Katy dan pihak pusat biarawati berkenaan menyaman Dana yang cuba menggagalk­an urus niaga penyanyi itu untuk membeli hartanah terbabit.

Dengan kemenangan itu, juri yang menghakimi kes terbabit turut memberikan wang pampasan RM27 juta kepada pusat biarawati itu. Terdahulu, pusat berkenaan turut menerima sejumlah wang pampasan untuk kos perbicaraa­n.

Kedua-dua pihak mendakwa Dana cuba menghasut sekelompok biarawati yang bekerja di pusat itu supaya memihak kepadanya.

Wanita berkenaan yang cukup berjaya dengan perniagaan restoran cuba merampas bangunan itu dan berniat menjadikan­nya hotel butik.

Bagaimanap­un, Katy terlebih dulu melakukan urus niaga pembelian itu dan membelinya dengan harga RM59 juta.

“Dia mahu menukar bangunan itu menjadi kediamanny­a dan sebagai tempat tinggal ibu serta neneknya,” kata jurucakap pusat terbabit.

Bagaimanap­un, terdahulu seorang daripada biarawati di sana memaklumka­n dia tidak setuju dengan urus niaga terbabit. Dia kemudian menukar fikiran selepas berjumpa secara peribadi dengan Katy.

Ada juga biarawati yang tetap mempertaha­nkan Dana atas sebab tertentu.

“Katy seorang yang sangat menyenangk­an namun tawarannya tidak sebaik tawaran Dana. Sekurangku­rangnya wang Dana akan masuk terus ke akaun kami.

“Selain itu, dia akan terus membuka pusat itu kepada orang ramai untuk melawatnya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia