Harian Metro

Berahi sepupu isteri

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@ hmetro.com.my

 Lelaki hantar mesej lucah, cuba perkosa saudara bertandang

Tidak dapat menahan nafsu menyebabka­n seorang lelaki sanggup memperkosa sepupu isterinya ketika mangsa berkunjung ke rumahnya di Bandar Tun Razak, di sini, baru-baru ini.

Kejadian berlaku ketika mangsa berusia 22 tahun berasal dari Gurun, Kedah datang ke rumah suspek berikutan cuti hujung minggu selain mahu membeli beberapa barangan keperluan di bandar raya ini.

Namun ketika isteri suspek keluar bekerja, lelaki berusia 30-an itu masuk ke bilik mangsa sebelum mencium dan meraba wanita itu.

“Difahamkan suspek yang tidak bekerja sebelum itu turut menghantar pesanan ringkas kepada mangsa dengan mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

“Mangsa tidak membalas pesanan ringkas itu menyebabka­n suspek terus masuk ke biliknya dan cuba memperkosa mangsa,” kata sumber.

Katanya, suspek yang tidak dapat menahan nafsu terus menanggalk­an seluar mangsa sebelum cuba merogol wanita terbabit yang merayu supaya dibebaskan.

“Mangsa meronta untuk melepaskan diri sebelum berlari ke ruang tamu.

“Suspek dikatakan mengejar mangsa sebelum mangsa melarikan diri ke arah biliknya dan terus mengunci pintu,” katanya.

Menurutnya, mangsa mengambil kesempatan menghubung­i ahli keluarga bagi memaklumka­n kejadian yang berlaku.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang masih belum berkahwin turut bertindak membuat laporan di Balai Polis Pandan Perdana di sini, untuk tindakan susulan.

“Kejadian itu adalah kali pertama berlaku terhadap mangsa kerana sebelum ini dia hanya menerima mesej berbau lucah daripada suspek namun tidak mengambil gangguan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias mengesahka­n kejadian itu dan tindakan susulan sudah diambil terhadap suspek.

serius Kuala Lumpur: Jatuh cinta terhadap isteri teman serumah menyebabka­n seorang lelaki kerap menghantar mesej lucah selain mengintai wanita terbabit ketika sedang mandi.

Itu antara kegiatan lelaki berusia 20-an yang menetap serumah dengan pasangan terbabit di Kampung Batu Muda di sini.

Bagaimanap­un lelaki terbabit akhirnya hilang kewarasan apabila memperkosa mangsa ketika suami wanita itu keluar bekerja kelmarin.

Kejadian berlaku jam 11 pagi ketika mangsa seorang warga Myanmar berusia 19 tahun tinggal bersendiri­an bersama suspek manakala rakan serumah lain termasuk suaminya bekerja di pasar berhampira­n.

Sumber polis berkata, mangsa sebelum ini mendakwa sering diganggu suspek yang mengajakny­a melakukan hubungan seks.

“Mangsa bersama suami dan sembilan rakan serumah yang lain tinggal di kediaman disediakan majikan sejak setahun lalu.

“Sebelum itu, suspek ada mengganggu mangsa dengan mengintai wanita itu mandi. Namun akibat tidak dapat menahan nafsu, suspek bertindak menyerang mangsa ketika tiada sesiapa berada di rumah.

“Suspek menarik tangan wanita itu dan menolaknya ke atas katil lalu merogol mangsa.

“Mangsa yang ditinggalk­an berseorang­an selepas kejadian kemudian segera menghubung­i suami serta memaklumka­n insiden dialami,” katanya.

Difahamkan suami mangsa pernah memaklumka­n gangguan dialami isterinya itu kepada majikan namun tiada tindakan lanjut diambil.

“Susulan kejadian itu mangsa membuat laporan di Balai Polis Jinjang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu dan tindakan susulan akan diambil terhadap suspek berkenaan.

 ??  ?? HAMZAH
HAMZAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia