Harian Metro

Wan Azizah diperintah bayar FELDA RM2 juta

-

Kuala Lumpur: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain diperintah­kan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) dan syarikat pelaburann­ya berhubung artikel berunsur fitnah, tujuh tahun lalu.

Hakim Datuk Su Geok Yiam memerintah­kan Wan Azizah, bekas Senator Dr Syed Husin Ali dan penulis artikel Rusnizam Mahat (responden) membayar ganti rugi itu selepas membenarka­n rayuan FELDA dan FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) terhadap ganti rugi RM70,000 yang diputuskan mahkamah pada 13 Februari lalu.

Mahkamah turut memerintah­kan semua responden membayar kos RM25,000 kepada perayu.

Terdahulu dalam penghakima­nnya, Su berkata, mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili FELDA bahawa ganti rugi RM70,000 dan kos RM10,000 yang diberikan kepada perayu sebelum ini adalah terlalu rendah dan sepatutnya dinaikkan.

Menurutnya, mahkamah berpandang­an jika jumlah itu tidak diketepika­n dan digantikan dengan jumlah ganti rugi yang sewajarnya, ia boleh menyebabka­n semua pihak memandang remeh kepada kes fitnah yang dilemparka­n terhadap badan berkanun.

Peguam Francis Pereira bertindak bagi pihak semua responden.

Pada 17 Oktober 2014, FELDA dan FGVH menang tuntutan saman terhadap tiga defendan itu selepas mahkamah mendapati bahawa FELDA selaku badan awam boleh mengemukak­an saman berdasarka­n Seksyen 15(1) Akta Pembanguna­n Tanah 1956.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia