Harian Metro

Rumah RM1j

- Siti A'isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Kerajaan bersedia mempertimb­angkan permohonan pemaju untuk membina perumahan berharga RM1 juta ke atas bergantung kepada keperluan yang ditetapkan oleh Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata, ia susulan maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan

(REHDA) mengenai keputusan kerajaan membekukan sementara pembinaan perumahan berharga RM1 juta ke atas.

Katanya, Kabinet melantik lima menteri termasuk beliau dan Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Rahman Dahlan serta Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof untuk berbincang lebih lanjut mengenai perkara itu.

“Di kawasan tertentu iaitu bandar seperti Kuala Lumpur dengan nilai tanah mencecah ratusan ringgit untuk satu meter persegi, tentunya pemaju memerlukan pembinaan rumah bernilai RM1 juta ke atas.

“Justeru, pembinaan rumah ini hanya dibenarkan mengikut kes sekali gus pemaju perlu membuat permohonan terlebih dulu kepada KPKT,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Pada 17 November lalu, Johari dilaporkan berkata, kerajaan memutuskan membekukan sementara pembinaan kondominiu­m

 KPKT sedia kaji permohonan pemaju mengikut kes

dan premis komersial seperti pejabat bernilai RM1 juta ke atas bagi mengimbang­i penawaran dan permintaan hartanah di negara ini.

Langkah pembekuan sementara itu diputuskan Kabinet berkuat kuasa 1 November lalu dengan pembinaan rumah mampu milik bernilai RM300,000 ke bawah digiatkan bagi memastikan rakyat mendapat kediaman.

Selain itu, Johari dipetik berkata, laporan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai peningkata­n hartanah kediaman tidak terjual sebelum ini turut membabitka­n kondominiu­m, pejabat dan pusat membeli-belah.

Dalam pada itu, Noh berkata, antara perkara yang diambil kira dalam pertimbang­an itu ialah keperluan membina rumah berharga RM1 juta ke atas di kawasan tertentu di bandar, selain melihat kepada harga pasaran tanah.

“Kita juga melihat jumlah rumah berharga RM1 juta ke atas yang belum terjual serta siapa pembeli bagi rumah berkenaan,” katanya.

 ?? Noh Omar ?? Pembinaan rumah ini hanya dibenarkan mengikut kes sekali gus pemaju perlu membuat permohonan terlebih dahulu kepada KPKT”
Noh Omar Pembinaan rumah ini hanya dibenarkan mengikut kes sekali gus pemaju perlu membuat permohonan terlebih dahulu kepada KPKT”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia