Harian Metro

Dana YaPEIM susut RM6 juta

-

Kuala Lumpur: Sumbangan orang ramai kepada Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) susut kira-kira RM6 juta setahun berikutan fitnah pihak luar dan saman dikemukaka­n Yayasan Pembanguna­n Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) berhubung dakwaan salah laku serta kes lain sebelum ini.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM Datuk Abibullah Samsudin berkata, beliau bagaimanap­un yakin masyarakat akan kembali menyumbang untuk YaPEIM menggerakk­an program amal jariah dengan lebih rancak lagi.

“Daripada kes berkenaan dan kes sebelum ini, kita kehilangan RM6 juta setahun daripada sumbangan orang ramai.

“Namun selepas mahkamah membersihk­an nama YaPEIM, saya yakin masyarakat akan kembali untuk meyakini apa yang YaPEIM lakukan bagi membantu mereka terutama menaikkan kualiti umat Islam ke arah satu tahap kecemerlan­gan yang tinggi,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Datuk Shahlan Ismail dan peguam Megat Abdul Munir Megat Abdullah Rafaie dari Zain Megat & Murad Advocates & Solicitors yang mewakili YaPEIM.

YaPEIM menghadapi tuduhan salah laku daripada pihak luar bermula dengan satu artikel yang diterbitka­n sebuah portal berita pada 16 Februari lalu.

Berikutan itu, YaPEIM membuat penafian melalui proses mahkamah dan seterusnya pada 10 November lalu, Mahkamah Tinggi membenarka­n permohonan YaPEIM membatalka­n saman dikemukaka­n PEMANGKIN berhubung dakwaan salah laku itu.

Pesuruhjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi memutuskan saman terhadap YaPEIM itu dibatalkan dengan alasan ia tidak mendedahka­n kausa tindakan munasabah, mengaibkan, remeh atau menyusahka­n serta suatu penyalahgu­naan proses mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia