Harian Metro

Awas samseng geng pasar

- Syazwan Msar dan Siti Salwa Sarkiah am@hmetro.com.my

 Polis buru gengster Myanmar edar dadah

Polis mengesan kewujudan beberapa kumpulan samseng ‘geng pasar’ yang aktif melakukan kegiatan peras ugut di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini.

Kumpulan ala gengster didalangi warga Myanmar itu turut disyaki terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di lokasi sama.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, kumpulan berkenaan yang dianggotai mengikut etnik dan negara asal masing-masing dipercayai masih lagi bergiat aktif di kawasan terbabit walaupun polis sudah mengambil tindakan sebelum ini.

Beliau berkata, pihaknya dalam peringkat mengumpul maklumat termasuk mengenalpa­sti ahli dan kegiatan suspek sebelum mengambil tindakan susulan.

“Walaupun secara keseluruha­n indeks jenayah di Pasar Borong Kuala Lumpur menurun 54 peratus bagi tahun ini, kami percaya masih terdapat kumpulan warga asing terus aktif melakukan kegiatan jenayah.

“Oleh itu, kita akan menjalanka­n operasi dalam masa terdekat bagi mengambil tindakan terhadap warga asing ini,” katanya, ketika ditemui pada Program Komuniti Polis bersama Pengusaha Pasar Borong dan Ketua Polis Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Mazlan berkata, pihaknya juga akan melakukan siasatan jika mendapati warga asing terbabit mempunyai kaitan dengan kumpulan gangster yang terdapat di negara ini.

“Kumpulan warga asing Myanmar ini aktif melakukan kegiatan peras ugut peniaga selain ada juga meminta wang perlindung­an. Perkara ini yang harus dibanteras dalam usaha mewujudkan persekitar­an aman serta bebas daripada jenayah.

“Pada masa sama, kami menempatka­n dua pegawai dan beberapa anggota polis di Pasar Borong Kuala Lumpur supaya maklumat berkaitan jenayah boleh disampaika­n lebih cepat untuk tindakan lanjut,” katanya.

Selain itu beliau berkata, indeks jenayah di Pasar Borong berkenaan menurun kepada 240 kes tahun ini berbanding 340 kes pada tahun lalu.

“Beberapa kesalahan menunjukka­n penurunan ketara berbanding yang lain. Oleh itu polis memberi penekanan dalam menangani (pengedar dadah jalanan) menerusi kerjasama dengan beberapa pihak lain seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan persatuan penduduk.

“Selain itu, polis juga akan menjalanka­n operasi menahan pendatang tanpa izin (PATI) terutama di Pasar Borong Kuala Lumpur sekali gus dapat mengurangk­an kadar jenayah di kawasan berkenaan,” katanya.

 ??  ?? MAZLAN (kiri) menyerahka­n cenderahat­i kepada wakil penduduk pada Program Komuniti Polis bersama Pengusaha Pasar Borong dan Ketua Polis Kuala Lumpur, semalam.
MAZLAN (kiri) menyerahka­n cenderahat­i kepada wakil penduduk pada Program Komuniti Polis bersama Pengusaha Pasar Borong dan Ketua Polis Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia