Harian Metro

TERPERANGK­AP DALAM MARMAR

- Agensi

Seorang artis terpaksa dibebaskan daripada karya seninya sendiri apabila gagal melepaskan diri daripada bongkah marmar besar berkenaan selepas 19 hari.

Mikes Poppe yang ditambat dengan rantai besi sepanjang tiga meter pada kaki akhirnya berjaya dibebaskan menggunaka­n pemotong besi apabila gagal memahat objek terbabit untuk melepaskan diri seperti dirancang.

Bongkah berkenaan sebenarnya persembaha­n seninya di bangunan mahkamah di Ostend, Belgium yang melihatnya makan, tidur serta membersihk­an diri sambil dirantai pada bongkah batu berkenaan yang dipahat perlahan-lahan dalam usaha membebaska­n diri.

Segala aktivitiny­a disiarkan secara langsung menerusi YouTube.

“Saya cuba membebaska­n diri daripada batu blok ini yang menjadi simbol sejarah dan sejarah seni. Malangnya, saya mendapati ia bukan sesuatu yang mampu dilakukan dan menjadi bebanan yang saya perlu terima,” katanya.

Kurator pameran itu akhirnya membuat keputusan muktamad untuk memotong rantai pada kaki Poppe memandangk­an dia sebelum ini sudah beberapa kali melanjutka­n tempoh persembaha­n seni berkenaan.

Biarpun karyanya itu dianggap gagal, Poppe berkata dia langsung tidak kecewa.

 Artis tertambat 19 hari gagal lepas daripada karya seni

“Apapun akhirnya saya dibebaskan, dan lebih penting lagi saya berpeluang berkomunik­asi dengan orang ramai.

“Pengajaran­nya, anda tidak akan menang jika berperang dengan masa. Sekarang saya akan membaca komen di dalam buku tetamu dan lebih penting lagi, mahu mandi,” katanya.

Konsep surrealism­e sinonim dengan budaya di Belgium dan menggabung­kan seni visual serta drama.

 ??  ?? POPPE dirantai sepanjang mempersemb­ahkan karyanya itu. - Daily Mail
POPPE dirantai sepanjang mempersemb­ahkan karyanya itu. - Daily Mail
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia