Harian Metro

Korban musim monsun

- AFP

 15 dilapor mati lemas akibat banjir besar di selatan Thailand

Angka kematian akibat banjir besar yang melanda selatan Thailand sejak beberapa minggu lalu meningkat kepada 15 orang, kata pihak berkuasa semalam.

Jabatan Pencegahan dan Pengurusan Bencana memberitah­u, musim hujan yang bermula lewat bulan lalu menyebabka­n lapan wilayah di selatan Thailand terjejas.

Bencana itu juga menjejaska­n hampir satu juta penduduk di wilayah berkenaan.

Seorang pegawai jabatan itu memberitah­u AFP, 15 mangsa dilaporkan mati akibat lemas. Seminggu lalu hanya lima kematian dicatatkan.

Banjir besar menyebabka­n rumah tenggelam dan rosak, manakala banyak kawasan pertanian seperti padi musnah.

Kawasan selatan Thailand yang majoriti pendudukny­a beragama Islam antara yang terjejas dengan bencana berkenaan.

Pengarah Jabatan Meteorolog­i Thailand, Wanchai Sakudomcha­i berkata, musim hujan dijangka berterusan hingga pertengaha­n bulan ini.

“Bagaimanap­un, hujan lebat dijangka berlaku pada 6 hingga 8 Disember ini,” katanya.

Sama seperti negara lain di rantau ini, Thailand sering dilanda banjir besar akibat musim hujan yang berlaku hampir setiap tahun.

Pada Julai dan Ogos lalu, lebih 20 orang terbunuh apabila banjir melanda beberapa wilayah di timur laut negara itu.

 ??  ?? BEBERAPA kawasan di daerah Muang di wilayah Trang yang masih ditenggela­mi air, kelmarin. - Bangkok Post
BEBERAPA kawasan di daerah Muang di wilayah Trang yang masih ditenggela­mi air, kelmarin. - Bangkok Post

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia