Harian Metro

Indonesia rampas kapal nelayan China

-

Jakarta: Pihak berkuasa Indonesia merampas sebuah kapal menangkap ikan China dan menangkap 21 kru yang didapati menangkap ikan secara haram di perairan timur negara itu.

Pihak berkuasa juga menemui enam bendera dari beberapa negara yang dipercayai digunakan kru untuk mengeliruk­an pengawal pantai.

“Apabila kami menghampir­i kapal itu, kru menaikkan bendera Timor Leste, tetapi apabila pegawai membuat pemeriksaa­n kami menemui lima lagi bendera,” kata Menteri Hal Ehwal Maritim dan Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastut­i kelmarin.

Ujarnya, lima lagi bendera itu dari China, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura.

Kru yang ditangkap itu terdiri daripada sembilan warga China, enam warga Indonesia dan masing-masing tiga warga Myanmar

serta Vietnam.

Kapal Fu Yuan Yu 831 itu disyaki menangkap ikan di perairan Indonesia berhampira­n Timur Leste sejak Ogos lalu.

“Kami juga merampas 35 tan ikan termasuk jerung harimau, spesies ikan yang dilindungi.

“Kami membawa kapal itu ke Pelabuhan Kupang di Nusa Tenggara Timur untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Sebelum ini, pihak berkuasa maritim Timor Leste sudah menahan 15 kapal berlainan milik syarikat Fu Yuan Yu kerana menceroboh perairan negara itu. - Agensi Manila: Polis kembali mengetuai kempen memerangi dadah di Filipina, kurang dua bulan pasukan itu diundurkan selepas bantahan terhadap operasi semakin meningkat.

Jurucakap Presiden Rodrigo Duterte, Harry Roque semalam berkata, polis dibawa kembali mengetuai kempen itu selepas jenayah dadah meningkat sejak ketiadaan pasukan berkenaan.

Ujarnya, Duterte menandatan­gani satu perintah semalam yang mengarahka­n polis kembali menyertai kempen itu.

“Terdapat

peningkata­n ketara aktiviti dadah dan jenayah yang berlaku,” katanya yang membawa perintah berkenaan.

Duterte yang berjanji menghapusk­an dadah dalam masyarakat ketika berkuasa pada tahun lalu, melancarka­n kempen yang menyebabka­n ribuan suspek terbunuh.

Sejak berkuasa, polis melaporkan membunuh 4,000 suspek dalam operasi yang dilakukan.

Sebanyak 2,290 pembunuhan lagi adalah berkaitan jenayah dengan ribuan lagi kematian masih belum diselesaik­an. - AFP

 ??  ?? SUSI menaiki papan luncur ketika meninjau sebuah kapal Thailand yang ditahan kerana menangkap ikan secara haram di Teluk Sabang di Aceh, Indonesia, baru-baru ini. - Agensi
SUSI menaiki papan luncur ketika meninjau sebuah kapal Thailand yang ditahan kerana menangkap ikan secara haram di Teluk Sabang di Aceh, Indonesia, baru-baru ini. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia