Harian Metro

Dah tumpang, curi pula

-

Tokyo: Sebuah pulau terpencil di Jepun melaporkan semua barangan logam termasuk satu tombol pintu hilang selepas tempat sekumpulan nelayan Korea Utara berlindung untuk beberapa hari, minggu lalu, kata seorang pendudukny­a semalam.

Shusaku Yoshida, 67, penjaga pusat perlindung­an untuk nelayan tempatan di pulau tak berpenghun­i itu berkata: “Semuanya sudah tiada. Semuanya. Engsel, tombol pintu malah apa saja diperbuat daripada logam diambil.

“Mereka memecahkan kunci bangunan dan mengambil dua set televisyen, tiga peti sejuk, masing-masing satu mesin basuh, ketuhar serta ketuhar gelombang, alat pemain DVD, gergaji elektrik, alat pemanas, arang, motosikal dan mesin penjana.

“Saya begitu terkejut sehingga terduduk.”

Pengawal pantai memberitah­u AFP, senarai barangan yang hilang termasuk panel solar di rumah api di pulau itu, poster anime dan beberapa selimut.

Jiji Press melaporkan beberapa nelayan Korea Utara terbabit mengaku ‘mengambil’ beberapa barangan dari pulau kecil itu.

Pihak berkuasa Jepun masih menyoal siasat sembilan daripada 10 rakyat Korea Utara berkenaan yang pertama kali dilihat dalam sampan kecil ketika cuaca buruk di pesisiran pantai Hokkaido.

Nelayan ke-10 dimasukkan ke hospital kelmarin kerana sakit perut.

Kumpulan itu mendarat di pulau yang tidak berpenghun­i untuk berlindung daripada cuaca buruk. Namun tidak lama selepas mereka meninggalk­an pulau itu, pihak berkuasa mendapati barangan dari bangunan di situ dicuri. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia