Harian Metro

Rekrut penjual ginjal

- AFP

 Pemilik restoran dipenjara cari orang miskin jual ginjal kepada pelancong

Mahkamah di sini semalam menjatuhi hukuman penjara ke atas seorang doktor dan pemilik restoran piza kerana merekrut orang miskin untuk menjual buah pinggan mereka kepada orang asing yang kaya terutama dari Israel.

Doktor terbabit, Francisco Mora Palma yang juga ketua di unit nefrologi di sebuah hospital di San Jose, dipenjara 12 tahun berdasarka­n keputusan dicapai panel tiga hakim kerana menjalanka­n pemindahan organ secara haram.

Sementara itu, pemilik restoran piza warga Greece, Dimostenes Katsigiann­is dihukum penjara lapan tahun kerana menggunaka­n kedainya sebagai pejabat pengoperas­ian mencari orang miskin yang sanggup menjual ginjal mereka dengan harga antara AS$3,000 (RM12,200) hingga AS$6,000 (RM24,400) bagi satu organ berkenaan.

Tiga lagi doktor yang turut didakwa kerana mempunyai kaitan dengan sindiket diketuai Mora Palma itu bagaimanap­un dibebaskan kerana kekurangan bukti.

Pada 2013, polis menahan lima suspek kerana menjalanka­n 14 pemindahan buah pinggang secara haram kebanyakan­nya untuk pesakit dari Israel dan Eropah yang sanggup membayar sehingga AS$100,000 (RM406,000) setiap satu.

Berdasarka­n fakta dikemukaka­n ketika perbicaraa­n, pembedahan untuk mengeluark­an organ daripada ‘penderma’ dilakukan di beberapa klinik swasta di sekitar Costa Rica, yang menjadi tarikan pelancong asing datang untuk rawatan perubatan murah setiap tahun.

 ??  ?? PENYOKONG bekas presiden Georgia, Mikheil Saakashvil­i, mengerumun­i kereta yang membawanya selepas ditangkap
atas tuduhan membantu organisasi jenayah sebelum melepaskan­nya daripada tahanan di Kiev, Ukraine. - AFP
PENYOKONG bekas presiden Georgia, Mikheil Saakashvil­i, mengerumun­i kereta yang membawanya selepas ditangkap atas tuduhan membantu organisasi jenayah sebelum melepaskan­nya daripada tahanan di Kiev, Ukraine. - AFP
 ??  ?? GAMBAR fail menunjukka­n seorang daripada empat doktor terbabit ditahan pada 2013. - Agensi
GAMBAR fail menunjukka­n seorang daripada empat doktor terbabit ditahan pada 2013. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia