Harian Metro

Jel tiga tahun mulut celupar

-

Kaherah: Seorang peguam dipenjara tiga tahun kerana mengeluark­an kenyataan biadab bahawa menjadi ‘satu kewajipan’ untuk merogol wanita yang memakai pakaian terdedah termasuk jeans koyak.

Nabih al-Wahsh, tokoh konservati­f terkemuka di Mesir mencetuska­n kemarahan orang ramai apabila membuat kenyataan menjijikka­n itu dalam sebuah rancangan televisyen yang membincang­kan draf undang-undang terhadap pelacuran Oktober lalu.

“Sukakah anda melihat seorang wanita berjalan dengan separuh tubuh terdedah?

“Pada saya, jika perempuan berjalan seperti itu maka menjadi kewajipan untuk menyerang mangsa secara seksual dan merogolnya,” katanya.

Tambahnya, wanita yang berpakaian terdedah mengundang perhatian lelaki bererti melindungi moral lebih penting daripada menjaga sempadan.

Susulan kenyataan itu, Majlis Kebangsaan untuk Hak Wanita mengecam tindakanny­a yang boleh dianggap menggesa kaum wanita dirogol.

Mereka memfailkan aduan kepada Majlis Tertinggi untuk Peraturan Media stesen televisyen dan menggesa pihak media tidak menyediaka­n platform untuk individu yang berniat menghasut keganasan terhadap wanita.

Susulan itu Nabih didakwa di mahkamah dan dipenjara tiga tahun serta didenda AS$1500 (RM6,100).

Ini bukan kali pertama dia mencetuska­n kontrovers­i, apabila sebelum ini menggelar Holocaust sebagai ‘rekaan’ dan mengakui dirinya sebagai anti-Yahudi.

Dia turut menjadi tajuk utama berita tahun lalu apabila mencetuska­n pergaduhan yang mengakibat­kan kerusi serta kasut dibaling dalam studio ketika rancangan bual bicara dengan seorang ulama yang menegaskan wanita tidak sepatutnya dipaksa memakai tudung. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia