Harian Metro

100 terbaik di dunia

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Monash University Malaysia diiktiraf cemerlang mencapai Tier 6 menerusi SETARA 2017

Monash University Malaysia mendapat pengiktira­fan sebagai universiti cemerlang mencapai Tier 6 dalam jaminan kualiti dan pengukuran prestasi kebangsaan melalui SETARA 2017 yang dikendalik­an Kementeria­n Pendidikan Tinggi (MOHE).

SETARA 2017 adalah penarafan institusi menggunaka­n instrumen bersepadu yang diselarask­an menerusi Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025.

Ditubuhkan pada 1998, Monash University Malaysia adalah universiti yang dihormati di negara ini. Sebagai pusat pendidikan antarabang­sa untuk Monash University di rantau Asia, universiti itu mempunyai kredibilit­i tersendiri di negara ini sebagai sebuah konstitusi bagi universiti penyelidik­an intensif yang unggul.

Tersenarai antara 100 universiti terbaik di dunia dan ahli kumpulan berprestij Australia, Group of Eight (Go8) Monash University Malaysia berkembang dari tahun ke tahun. Lebih manis, ia kini diiktiraf sebagai pelopor dalam sektor pendidikan tinggi antarabang­sa di Malaysia.

Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bertauliah, universiti itu menarik minat penuntut bukan saja dari Malaysia, tetapi seluruh dunia. Kira-kira 7,500 penuntut yang mewakili hampir 70 kewarganeg­araan mengikuti program di Monash University Malaysia dan menikmati pengalaman akademik berkualiti di universiti berkenaan.

Terdapat beberapa sebab mengapa penuntut perlu memilih Monash University Malaysia sebagai destinasi pengajian tinggi bagi membolehka­n mereka mencapai kerjaya impian.

Pertama, ijazah dari Monash University Malaysia diiktiraf Kementeria­n Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dengan jaminan kualiti oleh Universiti Monash Australia serta Agensi Standard dan Kualiti Pengajian Tinggi Australia (TEQSA). Kedua, penuntut berpeluang berpindah ke Monash University Australia atau menerima ijazah Universiti Monash Australia selepas menamatkan program di Universiti Monash Malaysia.

Monash University juga menjadi akses kepada ahli akademik yang aktif dalam penyelidik­an serta berkualiti dengan rangkaian hubungan industri dan kemudahan pengajaran serta penyelidik­an terkini.

Belajar di Monash University Malaysia juga menjimatka­n kerana tuisyen dan perbelanja­an hidup lebih rendah berbanding melanjutka­n pelajaran dan tinggal di Australia, Amerika Syarikat atau United Kingdom.

Kemasukan, pembayaran dan prosedur visanya mudah, selain biasiswa akademik turut disediakan untuk penuntut cemerlang.

 ??  ?? MONASH University Malaysia menarik minat penuntut bukan saja dari Malaysia, malah dari 70 negara.
MONASH University Malaysia menarik minat penuntut bukan saja dari Malaysia, malah dari 70 negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia