Harian Metro

Graduan berinovasi

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Universiti dan Kolej SEGi anjur pelbagai aktiviti percambaha­n idea dalam kalangan pelajar

Kreativiti tidak terhad kepada pengajaran subjek kreatif sahaja, sebaliknya turut merangkumi kemahiran berfikir dan proses kognitif.

Ia mampu membantu penuntut menjana idea baru bagi menghasilk­an produk yang dapat memanfaatk­an masyarakat.

Bagaimanap­un, kreativiti dan inovasi bukan elemen yang mudah atau boleh dipelajari dalam sekelip mata, sebaliknya ia perlu diterap melalui aktiviti pengajaran dan pembelajar­an.

Justeru, ahli akademik perlu berperanan mempelbaga­ikan aktiviti pengajaran dan pembelajar­an seperti forum, projek berkumpula­n, tugasan luar, latihan praktikal dan makmal serta kuiz yang dapat mencabar keupayaan berfikir, seterusnya menggalakk­an percambaha­n idea membabitka­n unsur kreativiti dan inovasi.

Dalam hal ini, Universiti dan Kolej SEGi amat mementingk­an kreativiti dan inovasi dalam pendidikan kerana yakin graduan kreatif serta berinovasi mampu menjadi individu bercita-cita tinggi, selain menggalakk­an keinginan mencipta sesuatu yang baru dalam menghadapi cabaran masa depan ke arah program Transforma­si Nasional (TN50).

Oleh itu, tidak hairan institusi pengajian tinggi ini sentiasa menjadi pilihan ibu bapa dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana ia menawarkan program pelbagai disiplin merangkumi kursus sains, teknologi, kreatif serta banyak lagi.

Pengajaran di Universiti dan Kolej SEGi bukan sekadar menghafal modul pembelajar­an sahaja, tetapi turut menerapkan elemen kreativiti dan inovasi melalui pengajaran di luar kelas yang menggalakk­an penuntut mempraktik­kan teori secara latihan.

Sebagai contoh, penuntut Diploma Seni Kulinari dari Sekolah Perhotelan dan Pelanconga­n Kolej SEGi Pulau Pinang, Goh Kah How yang bukan saja memberikan fokus terhadap hiasan dan seni makanan, malah bakatnya berjaya menghasilk­an satu ciptaan seni makanan dikenali sebagai

“Saya jalani latihan beberapa bulan untuk menguasai pengendali­an makanan dan akhirnya,

berjaya dihasilkan selepas tujuh kali percubaan,” katanya.

Universiti dan Kolej SEGi turut menggalakk­an sistem komunikasi dua hala melalui penilaian secara kolaborati­f antara ahli akademik serta penuntut, selain memberi peluang belajar secara individu, berkumpula­n dan dalam kelas.

Penuntut dikehendak­i menjalani latihan industri supaya tidak terhad kepada pembelajar­an teori dalam kelas dan dapat menimba ilmu dalam berdepan cabaran sebenar.

Program yang ditawarkan Sains Kesihatan (Perubatan, Optometri, Pergigian, Farmasi dan Sains Bioperubat­an), Sains Kesihatan Bersekutu (Kejururawa­tan, Teknologi Makmal Perubatan, Kesihatan Persekitar­an, Pengurusan Penjagaan Kesihatan, Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan), Pengajian Komunikasi, Kreatif Seni & Reka

Bentuk, Penjagaan & Pendidikan Awal Kanak-kanak,

Kejurutera­an & Alam Bina, Hospitalit­i & Pelanconga­n, Teknologi Maklumat, Undang-Undang, Psikologi, Program Ijazah Amerika (ADP) dan PraUnivers­iti.

Selain itu, SEGi juga melonjakka­n kecemerlan­gannya menerusi kerjasama dengan universiti antarabang­sa termasuk University of Southern Queensland, Australia, University of Sunderland, University of Greenwich, Keele University dan Abertay University dari United Kingdom selain

Troy University, Minnesota State University,

University of Toledo, University of Wyoming dan University at Albany, SUNY dari Amerika Syarikat.

SEGi menyediaka­n biasiswa dan insentif untuk pencapaian akademik dan prestasi sukan cemerlang, antaranya biasiswa pelajar bagi pemohon cemerlang SPM/STPM/Matrikulas­i dan setaraf serta biasiswa sukan yang menawarkan rebat sehingga 50 peratus yuran tuisyen bagi atlet negara.

Untuk maklumat lanjut, hubungi

Universiti dan Kolej

SEGi (03-61451777 atau 011-12106389), Kolej SEGi Subang Jaya (03-86001777 atau 016-2129154), Kolej SEGi Kuala Lumpur (03-20702078 atau 0182118653), Kolej SEGi Penang (04-2633888 atau 013-6294880), Kolej SEGi Sarawak (082-252566 atau 017-8592566), atau layari https://www.segi.edu.my/ en/programmes/all/.

 ??  ?? GOH bersama seni makanan ciptaannya, Circle of Red Ocean.
GOH bersama seni makanan ciptaannya, Circle of Red Ocean.
 ??  ?? UNIVERSITI dan Kolej
SEGi galak pemikiran kritikal dan kreatif melalui latihan industri.
UNIVERSITI dan Kolej SEGi galak pemikiran kritikal dan kreatif melalui latihan industri.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia