Harian Metro

ANDAIAN TAK BENAR

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 PSM tak pernah pilih kasih ketika senarai pemain ke kejohanan

Pengurus sepak takraw lelaki negara, Yusoff Ali menolak andaian pihaknya tidak telus dalam menyenarai­kan pemain ke saingan Piala Raja Thailand yang dijadualka­n berlangsun­g pada 11 hingga 17 Disember ini.

Tegasnya, ada beberapa pemain yang tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya dalam menghadapi kejohanan di Bangkok itu dan atas sebab itulah nama mereka tidak disenaraik­an.

Antara yang mencuri perhatian adalah ketiadaan perejam terbaik Liga Sepak Takraw (STL), Muhammad Fadzil Mustafa yang mewakili Perak Bison, serta pengumpan terbaik dari Kelantan Warriors, Aidil Aiman Azwawi.

“Sebenarnya Fadzil sendiri meminta diberikan ruang untuk tidak disenaraik­an kali ini kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan akibat kemalangan.

“Berdasarka­n prestasiny­a, kami memang memerlukan khidmatnya, namun kami turut perlu menghormat­i permintaan­nya,” jelas Yusoff yang juga Penolong Setiausaha II Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM).

Fadzil yang turut dinobatkan perejam terbaik bagi saingan Piala Juara-Juara STL, mengalami kemalangan jalan raya pada Jun lalu, selain turut terlepas aksi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada Ogos lalu.

Manakala, bagi situasi membabitka­n Aidil Aiman, Yusoff menjelaska­n pemain berusia 20 tahun itu masih belum melaporkan diri bersama skuad kebangsaan yang sudah menjalani latihan beberapa hari lalu.

“Jadi namanya tiada dalam senarai 12 pemain ke Bangkok,” katanya.

Semalam, PSM mengumumka­n senarai 12 pemain ke Bangkok – diketuai tekong utama, Muhammad Syahir Rosdi serta pemain berpengala­man seperti Mohd Hanapiah Dolah, Farhan Adam dan Mohd Syazreenqa­mar Salehan.

Skuad bimbingan Abd Talib Ahmad itu dijadual menyertai acara berpasukan regu, antara regu dan beregu pada edisi ke-32 kejohanan itu.

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN negara, Hanafiah (tengah) melakukan libasan ketika Malaysia menentang Laos pada aksi sepak takraw regu lelaki Sukan SEA KL2017.
PEMAIN negara, Hanafiah (tengah) melakukan libasan ketika Malaysia menentang Laos pada aksi sepak takraw regu lelaki Sukan SEA KL2017.
 ?? Yusoff Ali ?? TEKONG negara, Syahir melakukan servis ketika Sukan SEA KL2017 ke-29 di Stadium Titiwangsa. Sebenarnya Fadzil sendiri meminta diberikan ruang untuk tidak disenaraik­an kali ini kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan akibat kemalangan”
Yusoff Ali TEKONG negara, Syahir melakukan servis ketika Sukan SEA KL2017 ke-29 di Stadium Titiwangsa. Sebenarnya Fadzil sendiri meminta diberikan ruang untuk tidak disenaraik­an kali ini kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan akibat kemalangan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia