Harian Metro

Chong Wei ‘watak’ penting

- Ferzalfie Fauzi ferzalfe@hmetro.com.my

 Jaguh perseorang­an negara jadi tonggak persiapan kelayakan Piala Thomas

Sudah ada bayangan dan ia termasuk Datuk Lee Chong Wei kata Datuk Misbun Sidek yang perlu mempersiap­kan skuad kelayakan badminton Piala Thomas, menjelang aksi kelayakan bermula 6 hingga 11 Februari ini, di Alor Setar, Kedah.

Ketua jurulatih perseorang­an lelaki ini menegaskan, kehadiran Chong Wei dalam pasukan di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (kelayakan Piala Thomas) itu sangat penting untuk menjadi panduan kepada pemain muda.

“Sudah tentu (menggunaka­n khidmat Chong Wei), setidak-tidaknya

(gambar)–

dia mampu menjadi mentor kepada pemain lain. Cara latihan dan usia lebih jauh berbanding pemain lain menunjukka­n dia ada pengalaman serta berkaliber,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, semalam.

Jelasnya, kejuaraan yang diraih di Terbuka Hong Kong juga sudah menunjukka­n petanda jaguh perseorang­an lelaki negara itu boleh menghadirk­an kemenangan kepada pasukan.

“Kita menganggap dia sebagai tonggak dalam persiapan kelayakan Piala Thomas ini. Sudah tentu kita mempunyai barisan pemain muda yang kurang pengalaman. Bagaimanap­un, kejohanan ini bukannya berlangsun­g setiap tahun, jadi kita akan mempersiap­kan mereka untuk

di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, semalam.

Jelasnya, dalam penampilan sulung ini, Pei Jing berharap mampu untuk memberikan aksi terbaik kerana sebelum ini, dia tidak menyangka mampu mara ke kejohanan yang berlangsun­g dari 13 hingga 17 Disember itu, di Dubai.

“Kami sangat bernasib baik kerana memulakan kempen musim ini dengan memberangs­angkan di kejohanan bertaraf Siri Super. Bagaimanap­un, prestasi

kami berdepan pemain lawan.

“Ia memang nampak agak sulit, namun ini adalah tugas yang saya perlu lakukan untuk mempersiap­kan mereka. Kita akan membuat keputusan dan berharap mampu mempertaru­hkan pasukan terbaik bagi kelayakan Piala Thomas ini,” katanya.

Ketika ini, Misbun mengakui beliau sudah mempunyai senarai nama secara rawak dan sedar skuad negara mempunyai tugas sangat berat untuk bersaing kerana peluang serta tentangan yang bakal dihadapi cukup sukar.

“Kita bukan ada satu pasukan yang unggul seperti China dan Denmark, tetapi kita tidak putus asa. Kita akan mendapatka­n pasukan terbaik untuk menggalas cabaran Piala Thomas.

“Anda juga sudah tahu siapa pemain yang kita ada. Selepas

sedikit merosot dalam beberapa baki akhir Siri Super, sebelum ini.

“Peraturan hanya membenarka­n dua gandingan setiap negara juga sedikit membantu, apabila hanya dua pasangan China saja akan bermain di kejohanan ini, manakala pemain beregu campuran Thailand, Sapsiree Taerattana­chai pula berdepan masalah kecederaan,” katanya.

Pemain berusia 25 tahun itu mengakui ia bukan tugas mudah buat dia dan Kian Meng bersaing di Dubai, namun ia bukannya masa terbaik untuk memikirkan mengenai undian atau siapa yang bakal ditentang mereka dalam saingan peringkat kumpulan.

“Kejohanan ini hanya dibahagika­n kepada dua kumpulan saja dan saya tidak fikir mengenai lawan yang akan diundi sekali bersama kami. Semuanya adalah gandingan terhebat dunia, dan bertemu mana-mana pemain pun akan memberikan kesukaran buat kami. “Saya tidak mempunyai sebarang sasaran peribadi dan akan fokus satu demi satu perlawanan. Kita perlu menikmati setiap aksi dengan sebaiknya. Jika hanya fikir hendak menang saja, nanti sukar untuk memberikan aksi terbaik,” katanya. ini saya akan memberikan nama kepada Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, sebelum dibincangk­an serta dikupas lebih lanjut.

“Buat masa sekarang, tugas saya adalah meningkatk­an prestasi mereka kerana menggalas tugas di kelayakan Piala Thomas bukannya tugas mudah,” kata Misbun.

Legenda perseorang­an lelaki negara itu berkata, beliau akan melihat siapa pemain yang boleh beraksi atau tidak, termasuk mereka yang mempunyai masalah gugup.

“Belum isi nama lagi sudah tidak boleh main dan itu petanda persiapan seseorang pemain itu masih belum cukup. Saya akan cuba terapkan dalam persiapan selama dua bulan ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KIAN Meng
PEI Jing
KIAN Meng PEI Jing
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia