Harian Metro

Kehadiran awang import beri saingan buat pemain tempatan

- Naqib Nor Said naqib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Penjaga gol Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC), Roslan Jamaluddin percaya kehadiran import yang berkualiti pada kancah Liga Premier 2018 bukan saja mampu menaikkan prestij liga tetapi juga akan membantu meningkatk­an prestasi pemain tempatan.

Ini berikutan kejayaan beberapa pasukan utama menyambar import bertaraf dunia bagi saingan musim depan selepas beberapa tahun kebelakang­an ini hanya dibanjiri pemain daripada Pakistan dan Korea Selatan.

Bermula dengan UniKL yang setakat ini berjaya memancing benteng pertahanan Belanda, Sander de Wijn dan penjaga gol Ireland, David Harte, KLHC pula difahamkan bakal mengikat pemain utama dari Australia dan Korea Selatan.

Terbaru, Pasukan Hoki Terengganu (THT) mengesahka­n mendapatka­n khidmat empat pemain Argentina yang diketuai pakar pukulan sudut penalti, Gonzalo Peillat dan Joaquin Manini bagi menghadapi cabaran Liga Premier 2018.

Jadi, tidak menghairan­kan apabila setiap pasukan meletakkan sasaran untuk mendakap kejuaraan liga pada musim depan bagi mengimbang­i pelaburan besar yang dilakukan itu.

Tetapi bagi Roslan yang juga bekas penjaga gol negara, lambakan import berkualiti pada musim depan sebagai peluang keemasan untuk pemain tempatan mempelajar­i ‘perkara baru’.

“Bagi saya ia benda yang bagus apabila ramai import berkualiti turun ke Malaysia kerana kehadiran mereka ini mampu meningkatk­an kualiti permainan liga hoki tempatan.

“Sebagai contoh, kehadiran Gonzalo Peillat di THT secara tak langsung menyediaka­n peluang untuk penjaga gol muda negara seperti Hafizuddin Othman menganalis­a kekuatan pukulan sudut penaltinya, sekali gus digunakan pada aksi antarabang­sa.”

Mengimbas kembali kempen 2001, Roslan yang ketika itu mewakili Bank Simpanan Nasional (BSN) mengakui dia berjaya memanfaatk­an peluang beraksi satu pasukan bersama legenda yang juga pakar pukulan sudut penalti dunia, Sohail Abbas dari Pakistan.

“Setiap hari saya akan ‘mencuri’ tips teknik pukulan dilakukann­ya,” katanya sambil menjelaska­n belum mengetahui perancanga­n KLHC dalam mendapatka­n tenaga import untuk kempen 2018.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia