Harian Metro

HMMTBGP ada kelas

-

Sungai Buaya: Penganjura­n Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2017 (HMMTBGP) menarik kehadiran ramai pengunjung termasuk dari luar.

Kebanyakan pengunjung memuji kejayaan Harian Metro menganjurk­an acara yang turut meletakkan HMMTBGP pada tahapnya tersendiri terutama di mata pelumba sukan lasak.

Malah, mereka tertarik dan berpuas hati dengan pelbagai pengisian acara sampingan termasuk cabutan bertuah yang ditawarkan penganjur.

Pengunjung dari Hulu Bernam, Adnan Zainuddin, 39, berkata, beliau teruja untuk datang selepas mengetahui hebahan acara itu melalui akhbar.

“Saya datang bawa keluarga dan seronok bila melihat anak-anak gembira dapat bermain serta menyertai acara mewarna.

“Selain itu kami juga menikmati aiskrim secara percuma,” katanya.

Sementara itu, peserta turut datang bersama ahli keluarga mereka termasuk seorang pengunjung yang menggunaka­n bahasa isyarat.

Pelumba dari pasukan Natura, Ramli Ismail, 39, yang juga Orang Kurang Upaya kategori bisu dan pekak hadir bersama isterinya yang juga menghadapi masalah sama, Norhayanti Alwi, 34, dan anak mereka, Nur Alia Qistina, 7.

Nur Alia Qistina yang dilahirkan normal berkongsi keseronoka­n dalam program berkenaan.

“Seronok sebab ayah dapat tempat keempat. Kami datang untuk memberi sokongan kepada ayah.

“Sambil itu, saya bersama adik menyertai program lain yang dianjurkan seperti acara mewarna,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia