Harian Metro

‘Ramli’ lahir jaguh bola sepak

-

 Program televisyen yang tercetus menerusi kempen Team Malaysia kini memasuki musim keenam

Sedar tidak sedar, program ‘Mencari Ramli’ kini sudah memasuki musim keenam dan ia semakin mendapat sambutan di kalangan generasi muda negara ini.

Program televisyen ‘Mencari Ramli’ tercetus menerusi kempen ‘Team Malaysia’ dalam aspirasi mencari seorang rakyat Malaysia iaitu ‘Ramli’ untuk bermain bersama kelab bola sepak gergasi Liga Perdana Inggeris satu hari nanti. Mungkin ada yang belum tahu apa maksud ‘Mencari Ramli’. Di negara ini mempunyai tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Nama ‘Ram’ merujuk kepada kaum India manakala ‘Li’ merujuk kepada kaum Cina. Gabungan nama India, Cina itu menjadi Ramli. Nama Ramli itu sendiri dirujuk kepada kaum Melayu.

Matlamat dan tujuan utama program diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat muda di seluruh negara untuk dibawa ke peringkat yang lebih tinggi dan berprestij.

Disamping itu juga, ia menyediaka­n platform kepada pemain muda dan berbakat untuk merealisas­ikan impian mereka. Program ini juga membantu meningkatk­an taraf bakat-bakat muda tempatan serta membuka mata ibu bapa supaya menyokong anak mereka yang berpotensi dalam sukan bola sepak.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, program ini mendapat sokongan penuh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Majlis Sukan Negara (MSN), Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Manchester United Footbal Club (MUFC).

Program Mencari Ramli bertitik tolak dari sebuah segmen 30 minit tajaan TM yang disiarkan sebagai sebahagian rancangan Kaki Bola di saluran TV9 pada 2012 dan diteruskan sehingga musim ke-6 tahun ini.

Program Mencari Ramli disiarkan sejak 23 September di TV3 pada 11.30 pagi dan 27 September jam 10 pagi (Astro Arena). Sebanyak 11 episod disiarkan setiap minggu.

Proses ujibakat Program Mencari Ramli musim ke-6 bermula sejak 21 Januari 2017 dan berlangsun­g selama 12 minggu di 12 lokasi terpilih di seluruh Malaysia.

Program Mencari Ramli berjaya melahirkan beberapa bintang bola sepak untuk negara.

Seperti yang sedia maklum, pemain muda Adam Nor Azlin dan Ariff Farhan Md Isa adalah produk program Mencari Ramli musim pertama. Kedua-dua pemain ini sedang mewakili Malaysia dan pernah bersaing di Sukan SEA KL2017 di mana skuad negara muncul naib juara.

Terkini, Adam Nor

Azlin akan mewakili

Johor Darul Ta’zim (JDT) pada saingan Liga Malaysia musim depan manakala Ariff Farhan masih lagi menabur bakti bersama gergasi bola sepak utara tanahair, Kedah.

Pemenang musim ke-4 juga menunjukka­n pencapaian yang cemerlang. Kita ada Awang Muhammad Faiz Hazziq Awang Fathi yang bermain untuk pasukan

JDT III, Ahmad Tasnim Fitri Mohd Nasir dan Muhammad Zahril Azri Zabri (FELDA United), Noor Azmierul Hakimi Mohd Noor (Kuala Lumpur), Mohammad Zikry Aswira Azian (Pulau Pinang) dan Sunil Caven Chandran (PKNS FC).

Pemenang musim ke-5, Shivan Pillay kini bersama PKNS FC. Terbaru, Shivan Pillay bersama Ahmad, Zahril dan Awang diserap mewakili negara dalam saingan AFF Suzuki B-19 yang berlangsun­g di Yangon, Myanmar.

Terbaru, lima bekas pemenang serta bekas finalis Mencari Ramli mewakili Malaysia dalam saingan Kelayakan AFC B-19 iaitu Ahmad Tasnim Fitri, Zahril Azri Zabri, Shivan Pillay Asokan, Zafuan Azeman dan Al Imran Abdul Halim.

Pastinya aksi lebih bertenaga yang akan dipamerkan oleh peserta Mencari Ramli 6.

 ??  ?? ADAM beraksi bersama JDT musim depan.
ANTARA peserta yang terpilih memburu impian di program ‘Mencari Ramli’. ARIFF setia bersama skuad Helang Merah.
ADAM beraksi bersama JDT musim depan. ANTARA peserta yang terpilih memburu impian di program ‘Mencari Ramli’. ARIFF setia bersama skuad Helang Merah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia