Harian Metro

Werner tak sabar lunas dendam

-

Leipzig, Jerman: Kekalahan 2-0 kepada Besiktas dalam aksi yang berlangsun­g di Turki pada pusingan pertama peringkat Kumpulan G Liga Juara-Juara mahu ditebus penyerang RB Leipzig, Timo Werner apabila kedua-dua pasukan bertemu di Jerman awal pagi ini.

Werner yang terpaksa dikeluarka­n ketika aksi di Turki ekoran masalah kecederaan mengakui kecewa apabila melihat rakan sepasukann­ya tumbang biarpun menguasai perlawanan di arena lawan.

Leipzig ketika ini berada di kedudukan ketiga kumpulan berkongsi tujuh mata dengan Porto dan berpeluang untuk mara ke pusingan kedua dengan syarat wajib mencatat kemenangan ke atas Besiktas yang juga pendahulu kumpulan (11 mata).

“Kekalahan lalu masih terasa lagi. Kami banyak mensia-siakan peluang terhidang dengan saya sendiri hanya mampu bermain di separuh jalan.

“Untuk aksi di tempat sendiri, saya idamkan kemenangan untuk membalas dendam kekalahan tempoh hari dan mengharapk­an Porto tewas atau seri kepada Monaco sekali gus mara ke pusingan seterusnya,” katanya.

Selepas meledak 21 gol sepanjang musim lalu bersama Leipzig, penyerang muda berusia 21 tahun itu terus ‘mengganas’ apabila merakam 11 gol untuk muncul selaku penjaring terbanyak pasukan itu setakat ini.

Malah, namanya turut dikaitkan dengan gergasi Sepanyol, Real Madrid yang dilaporkan berminat untuk mendapatka­n khidmat ‘mesin peledak’ itu.

“Setiap pemain dahagakan gelaran terutamany­a Liga Juara-Juara. Saya juga mengidamka­nnya dan berharap musim ini akan membawa lebih banyak kejayaan kepada kelab sebelum memikirkan masa depan bersama pasukan lain,” katanya. – AFP

 ??  ?? WERNER (kiri) idam raih kemenangan di laman sendiri.
WERNER (kiri) idam raih kemenangan di laman sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia