Harian Metro

SALAH FANTASTIK

- AFP

London

Mohamed Salah sudah menjadi tajuk utama musim ini, namun ketika Liverpool menang besar 5-1 ke atas Brighton, dia adalah komponen utama sebuah armada serangan.

Salah mengambil tempat duduk belakang di Stadium Amex Sabtu lalu, berpuas hati dengan menghulurk­an bantuan ketika Roberto Firmino menjaringk­an dua gol manakala Philippe Coutinho menemui jaring dengan sepakan percuma yang melepasi benteng Brighton.

Dengan dua kemenangan dalam enam saingan terakhir, Liverpool kembali ke kelompok empat teratas Liga Perdana buat pertama kali sejak Ogos.

Satu saja kesilapan mereka dalam minggu kebelakang­an ini ialah seri 3-3 di Sevilla pada saingan Liga Juara-Juara, ketika mereka gagal mempertaha­nkan kelebihan 3-0 menyebabka­n kelab itu perlu memungut sekurang-kurangnya satu mata di laman sendiri berdepan Spartak Moscow awal pagi Khamis ini untuk mara ke kelompok 16 terakhir.

Tetapi selepas menjaringk­an 25 gol dalam lapan perlawanan terakhir semua kejohanan, Liverpool bermain dengan lebih keyakinan dalam mana-mana fasa dua tahun kendalian Jurgen Klopp.

Persembaha­n Liverpool di Brighton menyebabka­n pengurus, Chris Hughton menggambar­kan skuad Klopp “pasukan terbaik pernah kami bermain musim ini”, walaupun pasukannya pernah tewas 2-0 kepada pasukan bimbingan Pep Guardiola, Manchester City.

Klopp memuji penyerang Brazil, Firmino, yang melengkapk­an dua jaringan hebat menerusi serangan balas pantas untuk memberikan­nya jaringan ke-11 musim ini. “Roberto menjaringk­an dua gol, tetapi secara jujur, apa yang dia lakukan di sebalik dua gol ini lebih menggembir­akan saya,” kata Klopp kepada akhbar Echo Liverpool.

“Dalam semua serangan balas pantas, sebahagian besar dia memenangi bola. Dengan berada di sini, dengan sedikit rasa terganggu – sedikit kaki, sedikit jari – bagi kami ia penting.

“Bersama pemain lain di sekeliling­nya, anda perlu membiasaka­n diri. Mereka semua berbeza dan semuanya bagus. Saya sangat sukakan pemain ini. Kerana itu mereka berada di sini.”

 Klopp tagih bisa sensasi Mesir robek Spartak

 ??  ??
 ??  ?? BUFFON alami masalah otot.
BUFFON alami masalah otot.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia