Harian Metro

Suarez yakin Neymar tak akan sertai Real

-

Barcelona: Penyerang Barcelona, Luis Suarez bertegas dia tidak percaya bekas rakan sepasukann­ya, Neymar

akan menyertai seteru utama, Real Madrid disebabkan ‘kekagumann­ya’ terhadap Barca.

Neymar menghabisk­an tempoh selama empat tahun di Nou Camp sebelum membuat perpindaha­n penuh sensasi ke Paris Saint-German pada Ogos lalu dengan nilai rekod dunia AS$264 juta (RM1.073 bilion).

Begitupun, timbul khabar angin yang mengatakan pemain Brazil itu akan kembali

(gambar)

ke Sepanyol untuk menyertai juara Eropah itu selepas dia dikatakan bertelagah dengan rakan senegara Suarez di Uruguay, Edison Cavani.

“Tidak, langsung tidak,” kata Suarez kepada akhbar sukan harian Sepanyol, Marca ketika ditanya mengenai prospek perpindaha­n Neymar ke Real.

“Sejujur-jujurnya, saya tidak melihatnya. Saya tahu kekaguman Neymar terhadap Barcelona dan rakan sepasukann­ya. Saya tidak melihat bagaimana dia akan bermain untuk Real Madrid.”

Bersama Pemain Terbaik Dunia lima kali, Lionel Messi, Suarez dan Neymar membentuk gandingan serangan paling berbahaya untuk membantu Barca menjulang dua gelaran La Liga dan Liga Juara-Juara dalam tempoh tiga musim.

“Neymar sudah cukup matang dan sedar dengan keputusan yang diambilnya,” kata Suarez.

“Saya yakin ia menyakitka­n kerana dia gembira di sini, tetapi kami perlu menerima yang dia mahukan cabaran lain dan dia mahu mengambiln­ya.” - AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia