Harian Metro

‘Usah merapu Mario’

- Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bh.com.my

 Alistair sangkal dakwaan bekas pengendali JDT isu tak bayar gaji

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini menafikan dakwaan bekas pengendali pasukan, Mario Gomez

yang menuntut supaya bekas majikannya itu

(gambar)

membayar gajinya.

Jurulatih berusia 60 tahun yang akan mengendali kelab Indonesia, Persib Bandung musim depan mendakwa tidak menerima gaji daripada JDT dan peguamnya kini sedang membentang­kan dan akan membawa kes itu kepada Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA).

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards berkata, apa yang diperkatak­an Gomez adalah tidak benar.

Beliau menjelaska­n, berdasarka­n kontrak Gomez bersama JDT, jurulatih itu perlu membayar gaji pembantuny­a, Raul Longhi.

Pada awalnya, Gomez membayar gaji itu secara terus, namun kemudian beliau meminta setiausaha kelab untuk membayar terus kepada Longhi, dan permintaan­nya itu sudah pun dilunaskan oleh pengurusan JDT sejak 2015.

“Gomez juga membuat kenyataan palsu kami tidak menjawab suratnya. Kami menerima surat itu dalam bahasa Sepanyol dan sudah menjawab dengan sewajarnya.

“Jangan cuba untuk menipu kerana ini akan menjejaska­n karier anda di Indonesia. Saya nasihatkan beliau supaya dapatkan nasihat undang-undang yang betul sebelum merapu di media.

“Kita ada saluran perundanga­n yang betul di mahkamah dan bukannya cuba menarik polemik kosong dengan memulakan perbicaraa­n melalui media.

“Barisan peguam kami sudah bersiap siaga dengan segala fakta dan asas yang kukuh, kerana kita yakin tindakan diambil sebelum ini adalah bertepatan dan selari dengan undang-undang,” kata Edwards.

Sementara itu, pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan sudah bersedia untuk berdepan dengan tindakan mahkamah yang akan difailkan oleh bekas pengendali dari Argentina berkenaan.

Berdasarka­n kenyataan yang disiarkan melalui laman sosial Facebook JOHOR Southern Tigers, hari ini, TMJ menjelaska­n – tidak logik sekiranya JDT tidak mampu membayar AS$60,000 (RM243,784) seperti yang dituntut Gomez.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia