Harian Metro

Kelulusan lesen Kedah, penyingkir­an FELDA dua isu berbeza

-

Kuala Lumpur: Kelulusan lesen untuk pasukan Kedah dan kes penyingkir­an FELDA United ke Liga Perdana adalah dua isu berbeza, dan kes kedua-dua pasukan itu tidak boleh dibuat perbanding­an.

Itu yang ditegaskan Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) bagi menjelaska­n dakwaan mereka bersikap pilih kasih dalam menangani isu mendapatka­n lesen kelab.

FMLLP menegaskan, mereka bertindak mengikut peraturan ditetapkan Persekutua­n Bolasepak Asia (AFC), selepas tidak menerima dokumen baru yang boleh dipertimba­ngkan untuk mendapat kelulusan lesen.

“Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berjaya menyerahka­n penyata akaun mereka yang diaudit sebelum Lembaga Rayuan (AB) Pelesenan Kelab bersidang.

“Walaupun mereka tidak dapat dipertimba­ngkan untuk Lesen AFC, Lembaga Rayuan cuma ada kelonggara­n untuk mempertimb­angkan dokumen lewat untuk lesen FAM sahaja, dan itulah sebabnya Kedah diberi lesen FAM, tetapi tidak boleh diberi lesen AFC.

“Dalam kes FELDA United, mereka tidak mengemukak­an dokumen sebelum waktu yang ditetapkan oleh Lembaga Rayuan dan oleh itu, ia tidak dapat dipertimba­ngkan untuk lesen AFC atau pun FAM,” menurut kenyataan yang dikeluarka­n FMLLP menerusi laman sosial Facebook Football Malaysia LLP, semalam.

Kelmarin, FMLLP menegaskan, pihaknya tidak menganiaya­i FELDA United selepas The Fighters disingkirk­an ke Liga Perdana susulan gagal meraih lesen beraksi di Liga Super musim hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam, berkata tindakan tidak membenarka­n pasukan yang tiada lesen untuk beraksi dalam Liga Super sudah diputuskan lebih awal sebelum ini.

Pada masa sama, FMLLP juga menegaskan First Instance Body dan Lembaga Rayuan adalah dua badan bebas.

“Ahli-ahli badan ini terdiri daripada juruaudit, ahli perakaunan dan berlatar belakang perundanga­n. FMLLP tidak mempunyai pengaruh atau kuasa terhadap badan ini.

“Jadi, sebelum anda mempertika­ikan kredibilit­i FMLLP berkaitan dengan pengeluara­n lesen, sila ingat fakta itu. Tidak ada campur tangan.

“Kes Kedah telah dipertimba­ngkan dengan sewajarnya kerana ada ruang untuk mempertimb­angkan penyerahan akhir bagi lesen tempatan, namun tidak ada ruang untuk mempertimb­angkan penyerahan akhir untuk Lesen AFC,” katanya.

 ??  ?? KEDAH terlepas aksi AFC gara-gara tiada lesen.
KEDAH terlepas aksi AFC gara-gara tiada lesen.
 ??  ?? FELDA gagal kemuka dokumen sebelum waktu ditetapkan Lembaga Rayuan.
FELDA gagal kemuka dokumen sebelum waktu ditetapkan Lembaga Rayuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia