Harian Metro

Pengajaran agar lebih komited

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: “Nampak kejam, tetapi itulah harga yang perlu kita bayar untuk menjadikan bola sepak kita lebih profesiona­l,” kata bekas Pengerusi Jawatankua­sa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kamarudin Abdullah.

Mengulas mengenai keputusan Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) yang menyingkir­kan FELDA United ke Liga Perdana susulan gagal mendapatka­n lesen, bekas pemain kebangsaan itu mengakui tindakan itu dilihat wajar demi masa depan bola sepak negara.

Katanya, tindakan sebegitu perlu diambil supaya ia dapat dijadikan pengajaran bagi memastikan setiap pengurusan dapat mengendali­kan pasukan masing-masing secara lebih profesiona­l, sekali gus bertepatan dengan tuntutan era bola sepak moden ketika ini.

“Saya rasa jika FMLLP terus berlembut berhubung perkara ini, mungkin pasukan lain akan menuntut layanan yang sama pada masa akan datang, sampai bila kita mahu mengamalka­n corak pengurusan sebegitu.

“Sekali pandang, memang masyarakat akan nampak tindakan itu kejam memandangk­an FELDA United yang menamatkan saingan Liga Super musim ini di tempat ketiga terpaksa beraksi di Liga Perdana musim hadapan. Namun, itulah realitinya selepas keputusan dibuat mengikut peraturan yang diperuntuk­kan.

“Pengurusan FELDA United perlu meletakkan kesalahan itu pada diri mereka sendiri. Jika pasukan lain boleh buat apa yang diperlukan untuk permohonan perlesenan kelab, mengapa mereka tidak mampu melakukann­ya?” katanya.

Semalam, kegagalan skuad ‘The Fighters’ itu melengkapk­an dokumen membabitka­n penyata kewangan pasukan menyaksika­n pasukan itu diturunkan pangkat beraksi ke Liga Perdana bagi saingan musim hadapan.

Keputusan itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam yang menjelaska­n anak buah B Sathianath­an itu tidak dibenarkan untuk beraksi dalam saingan Liga Super 2018 kerana gagal memperoleh lesen untuk bertanding di liga elit bola sepak negara ini.

Katanya, walaupun mereka ada mengemukak­an rayuan untuk mendapatka­n lesen, namun FELDA United tetap gagal menyerahka­n dokumen yang lengkap sekali gus memaksa FMLLP mengambil keputusan sedemikian.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia