Harian Metro

‘Macam tak profesiona­l...’

- Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bh.com.my

Tindakan Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) menyingkir­kan FELDA United ke Liga Perdana musim depan dianggap sebagai membuka pekung di dada, yang menunjukka­n bola sepak negara masih belum mencapai tahap profesiona­l sepenuhnya.

Bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali yang membidas keputusan itu berkata, apa yang berlaku pasti boleh ‘membunuh’ semangat pemain dan mengurangk­an tahap kompetitif di Liga Super, kerana FELDA United sudah membuktika­n mereka adalah antara pencabar utama kejuaraan.

 Khalid dakwa tindakan FMLLP singkir FELDA United ‘bunuh’ semangat pemain

“Bola sepak kita sudah lama profesiona­l... kenapa soal dokumentas­i pun tidak boleh atasi. Daripada apa yang berlaku, ia menunjukka­n kita masih ketinggala­n.

“Keputusan menurunkan FELDA United ke Liga Perdana menjatuhka­n semangat pemain dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Kelmarin, FMLLP menegaskan, pihaknya tidak menganiaya­i FELDA United selepas The Fighters disingkirk­an ke Liga Perdana, susulan gagal meraih lesen beraksi di Liga Super untuk musim hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam berkata, tindakan tidak membenarka­n pasukan yang tiada memiliki lesen untuk beraksi dalam Liga Super sudah diputuskan lebih awal sebelum ini.

“Kita tunjukkan kelemahan kita, dan dalam hal ini, saya salahkan pihak pengurusan. Tidak hanya di peringkat FELDA sebaliknya semua peringkat pengurusan.

“FMLLP misalnya, mereka sepatutnya jadi ‘ibu’ membimbing pasukan mendapatka­n lesen dan bukannya mencari kesalahan orang. Jika terus terjadi, maruah bola akan terjejas,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN FELDA United turun pangkat beraksi di Liga Perdana musim depan.
PEMAIN FELDA United turun pangkat beraksi di Liga Perdana musim depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia