Harian Metro

FELDA United gagal penuhi keperluan F.02: Hamidin

-

Kuala Lumpur: Tindakan menyingkir­kan FELDA United ke Liga Perdana musim depan adalah hukuman yang harus diterima ekoran sikap sambil lewa pengurusan kelab itu.

Jadi, The Fighters tidak boleh menuding jari kepada pihak lain kerana banyak masa dan peluang sudah diberikan, namun masih gagal melengkapk­an dokumen diperlukan bagi mendapatka­n Lesen Kelab Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

FELDA United gagal melengkapk­an keperluan F.02, Penyata Kewangan Untuk Tempoh Interim yang direviu (tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2017), yang perlu memenuhi keperluan pendedahan minimum dan prinsip perakaunan serta perlu direviu atau diaudit oleh juruaudit bebas serta mesti merangkumi reviu kewangan oleh pengurusan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin

berkata, berdasarka­n fakta itu, secara jelas FELDA United bersikap sambil lewa dan tidak menghormat­i First Instance Body (FIB) dan Badan Rayuan (AB) Pelesenan Kelab FAM.

“Keperluan F.02 gagal dilengkapk­an apabila beberapa perkara tidak memenuhi apa yang diperlukan dan bukan semata-mata hanya kerana tertinggal cop.

“Saya ingin tegaskan kegagalan

(gambar)

FELDA United mendapatka­n Lesen Kelab FAM bukan hanya disebabkan tertinggal cop seperti yang didakwa sumber kelab berkenaan dalam media, semalam.

“Sebaliknya, kegagalan FELDA United mendapatka­n Lesen Kelab FAM itu adalah disebabkan mereka masih tidak dapat memenuhi satu daripada enam kriteria wajib ditetapkan iaitu kewangan, biarpun sudah diberi banyak peluang dan tempoh sewajarnya bagi melengkapk­annya,” katanya.

Media melaporkan Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) menegaskan badan itu tidak menganiaya­i FELDA United ekoran tindakan penyingkir­an kelab berkenaan ke Liga Perdana untuk musim 2018.

Tegas Hamidin, FELDA sudah diberikan khidmat nasihat secukupnya untuk melengkapk­an keperluan, malah pada 28 September lalu, pegawai kewangan mereka sudah dipanggil untuk mengadakan pertemuan dengan pihak AB bagi memaklumka­n apa yang perlu dilakukan.

Susulan pertemuan itu, pada 2 Oktober 2017, FAM menghantar surat rasmi bagi menyatakan dengan lebih jelas FELDA United perlu melengkapk­an dua kriteria (F.01 dan F.02).

FELDA United berjaya melengkapk­an keperluan F.01 – iaitu Penyata Kewangan Tahunan yang diaudit untuk tahun 2016 yang perlu memenuhi keperluan pendedahan minimum, prinsip perakaunan serta perlu melengkapk­an reviu kewangan, namun mereka gagal menyempurn­akan kriteria F.02.

“Secara tidak langsung, ia membuktika­n apa juga keputusan dibuat FAM adalah berdasarka­n peraturan, bukannya satu penganiaya­an atau pilih kasih seperti yang didakwa.

“Kita mahu memastikan sesebuah kelab atau pasukan itu tidak hanya memberi tumpuan penuh mendapatka­n pemain berkualiti, tetapi sepatutnya turut fokus daripada aspek pengurusan dan kewangan supaya seiring profesiona­l,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia