Harian Metro

Apek rindu sarung jersi kebangsaan

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my Devinder Singh devinder@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Penjaga gol utama skuad Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek kini memasang impian untuk kembali merebut status penjaga gawang nombor satu skuad Harimau Malaya, mulai tahun depan.

Apek yang pernah membantu membantu Harimau Malaya menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 dan pingat emas Sukan SEA Jakarta 2011 mengakui dia perlu bekerja keras dan mempamerka­n aksi cemerlang dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2018 jika mahu memikat hati jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada.

“Saya rindu untuk kembali beraksi mewakili negara di pentas antarabang­sa dan saya berjanji akan melakukan yang terbaik

(gambar),

jika terpilih untuk menyarung kembali jersi kebangsaan.

“Saya akan terus berlatih meningkatk­an prestasi ke tahap yang terbaik serta membantu Kelantan pada saingan Liga M,” katanya selepas menghadiri majlis penyampaia­n hadiah pertanding­an kuiz dan peraduan “Minum Yakult Sihat Sokmo” di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan, semalam.

Peraduan yang disertai oleh 51 sekolah di Kelantan itu dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Kalong, Ketereh, yang meraih hadiah pakej lawatan selama lima hari ke Jepun.

Pada masa sama, Apek meminta peminat The Red Warriors (TRW) supaya bersabar dan memberikan masa kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk memperbaik­i kelemahan serta meningkatk­an kembali prestasi pasukan pada musim depan.

“Saya berharap peminat dapat bersabar dan memberikan sepenuh sokongan kepada pengurusan baharu ini. Saya yakin mereka akan melakukan yang terbaik bagi mengembali­kan kegemilang­an bola sepak Kelantan,” katanya. Kuala Lumpur: Bekas pemain tengah Selangor dan Sarawak, Junior Aparecido memilih untuk menyertai rakan senegara dari Brazil memperkuat­kan skuad yang baharu menyertai Liga Super, Kuala Lumpur bagi musim depan.

Junior mengikut jejak langkah rakan senegara, Boa Esporte Clube dari pasukan Serie B Brazil yang sudah pun mengikat kontrak untuk beraksi di bawah bimbingan Fabio Maciel.

Gabungan pemain Brazil itu dikatakan mampu memperkuat­kan skuad Kuala Lumpur yang ketika ini sudah memiliki penyerang berbakat, Guilherme De Paula dan Paolo Josue.

Malah bekas pemain kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin serta pertahanan, Firdaus Faudzi juga sudah sah bersama pasukan Kuala Lumpur dan dijangka mampu memberi saingan sengit dalam saingan Liga Super selepas tercicir ke Liga Perdana selama lima musim.

“Saya sebenarnya merancang mahu membawa masuk pemain ini sejak musim lalu, tetapi gagal mendapat pelepasan dari kelabnya.

 ??  ??
 ??  ?? JUNIOR (kanan) ketika mewakili Sarawak.
JUNIOR (kanan) ketika mewakili Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia