Harian Metro

Fokus pacu The Fighters

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Barisan pemain FELDA United FC tekad kekal fokus untuk membantu kelab meraih kejuaraan biarpun akur beraksi dalam saingan Liga Perdana musim depan.

Mereka menyifatka­n The Fighters yang diturunkan ‘pangkat’ di sebabkan gagal meraih lesen beraksi di Liga Super akan mampu membuktika­n keupayaan sebenar.

Bagi Wan Zack Haikal Wan Noor, dia tidak mahu terlalu memikirkan nasib pasukan, sebaliknya yakin pencapaian gemilang mampu diraih.

“Saya akan kekal fokus untuk membantu FELDA United mencipta kejayaan dan kelab ini pasti kembali beraksi dalam

Super musim 2019.

“Segalanya sudah ditentukan dan sebagai pemain The Fighters, perjuangan perlu diteruskan untuk membantu kelab ini kembali,” katanya.

Sementara itu, Christie Jayaseelan yang kembali menyarung jersi The Fighters percaya kelab itu akan menjanjika­n persembaha­n terbaik.

Katanya, pencapaian selaku tempat ketiga Liga Super musim ini akan memberi lebih motivasi untuk muncul juara Liga Perdana musim depan.

“Sudah pasti kami akan memberi persembaha­n menyakinka­n dan tidak mahu kegagalan beraksi di Liga Super melemahkan semangat kami.

“Sebaliknya, FELDA United akan lebih kuat untuk meraih kejayaan bermakna sekali gus muncul juara Liga Perdana,” katanya.

Liga Semalam,

Perkongsia­n Liabiliti

Terhad Bolasepak

Malaysian

(FMLLP) menegaskan tidak menganiaya­i The Fighters selepas disingkirk­an ke Liga Perdana musim depan.

Tindakan tidak membenarka­n pasukan tiada lesen beraksi dalam Liga Super sudah diputuskan lebih awal sebelum ini.

Namun, pengendali FELDA United, B Sathianath­an enggan melatah dan menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

“Memang sedih tetapi apa yang boleh saya buat.

Kita akan teruskan perjuangan dalam Liga Perdana dan terima keputusan yang diambil FMLLP,” kata Sathianath­an.

 Wan Zack, Christie tekad bantu FELDA United raih kejayaan walaupun beraksi di Liga Perdana

 ??  ?? WAN Zack (kanan) optimis mampu bantu pasukan raih kejayaan gemilang musim depan.
WAN Zack (kanan) optimis mampu bantu pasukan raih kejayaan gemilang musim depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia