Harian Metro

Sumbat pil gugur dalam kemaluan

-

Kota Kinabalu:

Seorang wanita bukan saja menanggung azab kesakitan selepas dipercayai ‘menyumbat’ tiga pil gugur janin ke dalam kemaluanny­a, malah kandungann­ya yang berusia 22 minggu disahkan meninggal dunia.

Akibat perbuatan itu, wanita berusia 23 tahun berstatus janda itu ditahan polis, namun kini ditempatka­n di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kota Kinabalu (HWKK) Likas.

Menurut sumber, ketika kejadian, suspek dikatakan sedang bercuti bersama anak lelakinya berusia lima tahun dan teman lelakinya yang juga suami orang di sebuah inap desa di Ranau pada 2 Disember lalu.

“Wanita itu memberitah­u teman lelakinya bahawa dia mengandung sejak dua minggu lalu dan lelaki itu bersetuju untuk bertanggun­gjawab.

“Bagaimanap­un, selepas teman lelakinya bersama anaknya keluar, suspek memasukkan tiga biji pil penggugura­n ke dalam kemaluanny­a,” katanya, di sini, semalam.

Sumber berkata, pada jam 3 pagi keesokanny­a, wanita terbabit berasa sakit perut dan mengadu kepada teman lelakinya untuk mendapatka­n rawatan di Hospital Ranau.

“Ketika menerima rawatan, pegawai perubatan mengeluark­an pil dari kemaluan suspek sebelum dia dimasukkan ke wad Hospital Ranau untuk rawatan lanjut.

“Pada jam 10 malam hari sama, wanita terbabit dipindahka­n ke HWKK Likas menggunaka­n ambulans untuk rawatan lanjut. Ketika dalam perjalanan di kawasan Tuaran, janin dalam kandungan wanita itu terkeluar. Sebaik tiba di HWKK Likas, wanita terbabit ditahan di wad,” katanya.

Menurutnya, keadaan suspek kini stabil dan sedang di bawah pemantauan pihak HWKK Likas.

“Susulan itu, pihak hospital memaklumka­n perkara berkenaan kepada polis. Wanita itu mengenali teman lelakinya sejak dua tahun lalu dan menjalinka­n hubungan sebagai kekasih,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Ramli Din ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Polis tidak menolak kemungkina­n wanita itu dipercayai sengaja menggugurk­an kandungann­ya, namun siasatan masih diteruskan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 316 Kanun Kesekaan kerana mematikan bayi,” katanya.

 ??  ?? IBU mangsa ditenangka­n ahli keluarga.
IBU mangsa ditenangka­n ahli keluarga.
 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia