Harian Metro

3 TUSUKAN DI DADA

- Azmil Sulaiman am@hmetro.com.my

“Saya jumpa dia terbaring di depan rumah dalam keadaan berlumuran darah dan sudah tidak bernyawa,” kata Nor Raizan, 34, ketika menceritak­an detik menyayat hati melihat sepupunya berusia 29 tahun yang maut dengan kesan tikaman di dada.

Mayat lelaki itu ditemui terbaring di hadapan rumahnya di Kampung Tupong Batu, dekat sini, kira-kira jam 4 petang, kelmarin.

Mangsa yang mempunyai masalah mental disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini, untuk bedah siasat.

Nor Raizan berkata, dia berada di rumah selepas Asar ketika itu sebelum ternampak mangsa terbaring di depan rumahnya.

“Selepas mendekatin­ya, saya terkejut melihat dia terbaring dengan kesan tusukan pisau di dadanya.

“Saya segera menghubung­i talian kecemasan bagi mendapatka­n bantuan. Kematian arwah mengejutka­n kami sekeluarga kerana dia tidak menunjukka­n kelakuan aneh kebelakang­an ini,” katanya ketika ditemui, semalam.

Abang mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata, adiknya itu ada beberapa kali cuba membunuh diri, namun tidak berjaya.

“Akhirnya dia ‘pergi’ selepas beberapa kali mencuba (bunuh diri) sebelum ini tetapi tidak berjaya,” katanya dengan nada sebak.

Hasil pemeriksaa­n awal pada badan mangsa, pihak perubatan mengesahka­n ada tiga kesan tikaman yang dalam pada bahagian dada.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai ketika dihubungi mengesahka­n kejadian.

“Saya ada dimaklumka­n tentang kejadian itu dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutny­a.

“Setakat ini, kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia