Harian Metro

Majlis serah tugas

-

Tawau: Bekas Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu Asisten Superinten­dan Andi Mamur Halwati dilantik sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tawau yang baru.

Beliau mengambil tugas daripada Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tawau Inspektor Izwan Abdol Rahman. Majlis serah terima tugas diadakan di bilik mesyuarat IPD Tawau, di sini, semalam, dengan disaksikan Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Superinten­dan Noor Azizulkifl­i Mansor.

Andi Mamur yang mula bertugas dalam PDRM pada 2005 berkata, pihaknya akan menguatkan lagi risikan bagi membantera­s kes pengedaran dadah rentas sempadan, sekali gus menangkap pengedar dadah dibawah 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985.

“Saya dan anggota akan menguatkan lagi risikan dan tangkapan bagi mencegah dan seterusnya mengurangk­an pengedaran dadah merentasi sempadan.

“Sebagaiman­a yang sedia maklum, daerah ini bersempada­n dengan Indonesia. Jadi banyak maklumat yang kita terima pengeluara­n dadah daripada Indonesia ke Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa masyarakat di daerah ini bekerjasam­a dalam menyalurka­n maklumat kawasan yang menjadi tumpuan penagih dadah tegar untuk melepaskan gian.

“Operasi sistematik akan dilakukan bagi mencegah penjualan dadah jalanan seterusnya menangkap penagih dadah yang berulang supaya dituduh dibawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Oleh itu, saya berharap masyarakat Tawau bekerjasam­a dengan saya dan anggota lain bagi membasmi jenayah dadah,” katanya.

 ??  ?? LEE (tengah), Jahar (tiga kanan) dan Seran (tiga kiri) menunjukka­n majalah Xpressair selepas sidang media penerbanga­n Xpressair antara Pontianak dan Miri, di Bangunan Baitulmakm­ur, Petra Jaya, semalam.
LEE (tengah), Jahar (tiga kanan) dan Seran (tiga kiri) menunjukka­n majalah Xpressair selepas sidang media penerbanga­n Xpressair antara Pontianak dan Miri, di Bangunan Baitulmakm­ur, Petra Jaya, semalam.
 ??  ?? NOOR Azizulkifl­i (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen perjanjian antara Izwan (kiri) dan Andi Mamur.
NOOR Azizulkifl­i (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen perjanjian antara Izwan (kiri) dan Andi Mamur.
 ?? FOTO: MOHD LATIF AHMAD ??
FOTO: MOHD LATIF AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia