Harian Metro

Penerbanga­n sulung

- Mohd Latif Ahmad am@hmetro.com.my

 Xpressair buka rangkaian laluan terus Pontianak dan Miri

Syarikat penerbanga­n yang berpangkal­an di Indonesia, Xpressair membuka rangkaian laluan penerbanga­n terus antara Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia dan Miri, Sarawak buat julung kali bermula Disember ini.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Datuk Lee Kim Shin berkata, penerbanga­n sulung antara kedua-dua wilayah itu bermula 12 Disember ini dan sebagai langkah permulaan Xpressair menyediaka­n penerbanga­n dua kali seminggu.

Menurutnya, pembukaan laluan itu kepada Xpressair juga adalah inisiatif mempererat­kan hubungan bilateral antara kerajaan negeri dan kerajaan Indonesia.

“Penerbanga­n ini bukan hanya memudahkan perjalanan masyarakat Sarawak dengan Indonesia antara Miri dengan Pontianak, tetapi juga rakyat Brunei yang mahu ke Pontianak.

“Selain meningkatk­an sektor pelanconga­n kedua-dua wilayah, ia bermanfaat untuk urusan perniagaan, sekali gus mengeratka­n lagi hubungan antara Kalimantan (Indonesia) dan Sarawak,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Baitulmakm­ur di sini, semalam.

Turut hadir Konsulat Indonesia di Kuching Jahar Gultom dan Ketua Operasi Antarabang­sa Xpressair, Seran Velu.

Sementara itu, Jahar berharap jumlah penerbanga­n itu dapat ditingkatk­an lagi tahun depan, bukan hanya dua kali seminggu.

“Seramai 30,000 rakyat (Indonesia) yang bekerja di Brunei ketika ini, mereka perlu menaiki bas menghubung­kan Brunei dan Pontianak yang mengambil masa perjalanan 18 jam.

“Dengan penerbanga­n ini, ia memendekka­n perjalanan mereka khususnya pada musim perayaan seperti hari raya atau sambutan Krismas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia