Harian Metro

Gempur rumah kongsi

- Razik Zayad hmkk@hmetro.com.my

 Polis tahan 26 PATI dari lima lokasi

Seramai 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan dalam serbuan di lima lokasi berasingan di daerah ini, kelmarin.

Dalam serbuan bermula jam 8 malam, semua suspek PATI berusia antara 1 hingga 54 tahun itu ditahan selepas didapati tidak mempunyai sebarang dokumen sah dan disyaki menetap secara haram di daerah Papar, sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superinten­dan Ladamah Sulaiman berkata, antara lokasi yang diserbu adalah penempatan setinggan dan rumah kongsi berhampira­n Kampung Lakut, Sapat, Pangalat Besar dan Bambangan.

“Bertindak atas maklumat berhubung kehadiran PATI di daerah ini, seramai 12 pegawai dan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar menjalanka­n serbuan ke lokasi-lokasi berkenaan.

“Seramai 26 PATI ditahan dalam serbuan ini dan hasil siasatan awal, mereka tidak mempunyai sebarang dokumen sah dan disyaki menetap secara haram disebalik penempatan setinggan atau rumah kongsi di daerah ini,” katanya, di sini, semalam.

Ladamah berkata, semua PATI yang ditahan sudah dibawa ke IPD Papar untuk proses dokumentas­i sebelum diserahkan kepada Imigresen bagi tindakan selanjutny­a.

“Semua PATI yang ditahan ini akan disiasat mengikut Seksyen 6(1) C Akta Imigresen 1959/1963.

“Polis juga meminta penduduk di daerah Papar untuk terus menyalurka­n maklumatbe­rhubungkeh­a- diran PATI ini supaya tin- dakan lanjut dapat dilakukan segera,” katanya. Pasangan suami isteri warga emas disamun seorang penunggang motosikal selepas diminta memberhent­ikan kenderaan kerana kononnya terlanggar seekor kucing di Jalan Krokop di sini, semalam.

Lelaki warga emas berusia 79 tahun yang memandu kereta Toyota Morley memberhent­ikan kenderaann­ya dalam perjalanan pulang ke rumah jam 10.30 pagi apabila ditahan seorang lelaki yang memberi isyarat kereta dipandunya melanggar sesuatu.

Sumber berkata, ketika mangsa membuat pemeriksaa­n dan leka memeriksa keadaan kenderaann­ya, suspek merampas beg tangan isteri mangsa yang berusia 70 tahun.

Menurutnya, suspek bertindak membuka pintu kenderaan bahagian penumpang hadapan lalu merampas beg tangan mangsa yang mengandung­i wang tunai RM500, telefon pintar dan dokumen peribadi.

“Suspek kemudianny­a terus memecut melarikan diri menunggang motosikaln­ya dan meninggalk­an kedua-dua mangsa dalam keadaan terpinga-pinga.

“Mangsa kemudian menyedari mereka terpedaya kerana kenderaan yang dinaiki sebenarnya tidak melanggar apa-apa,” katanya.

 ??  ?? POLIS buat pemeriksaa­n di sebuah rumah yang menempatka­n PATI di sekitar Papar.
POLIS buat pemeriksaa­n di sebuah rumah yang menempatka­n PATI di sekitar Papar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia