Harian Metro

Guna taktik ‘walk in’ jual diri

-

Kota Kinabalu: Taktik tiga wanita warga China yang menggunaka­n kaedah ‘walk in’ untuk menjalanka­n aktiviti pelacuran di premis refleksolo­gi akhirnya terbongkar selepas mereka dicekup dalam kejadian di Jalan Sulaman, Manggatal, dekat sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 10 malam itu, ketiga-tiga suspek berusia 33 hingga 47 tahun itu memiliki pasport perjalanan yang sah dan dipercayai datang ke negeri ini sebagai pelancong sejak beberapa minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata, dalam serbuan itu, turut dirampas wang tunai RM17,883, 45 keping kondom, mata wang China dan tiga unit telefon bimbit yang disyaki hasil daripada kegiatan haram suspek sebelum ini.

“Dalam serbuan ini, polis turut menahan seorang lelaki berusia 40-an yang disyaki penjaga premis refleksolo­gi itu untuk tindakan lanjut.

“Semua wanita warga China berusia 33 hingga 47 tahun itu mempunyai pasport sah dan mereka disyaki menawarkan aktiviti pelacuran secara sampingan di premis refleksolo­gi itu melalui taktik ‘walk in’,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Salehhudin berkata, berdasarka­n siasatan awal, suspek-suspek ini akan mengenakan bayaran antara RM300 hingga RM500 bagi setiap aktiviti haram itu.

“Siasatan menyeluruh masih giat dijalankan bagi mengenal pasti mana-mana individu dikenalpas­ti sebagai dalang kegiatan pelacuran berkenaan.

“Semua suspek yang ditahan sudah dibawa ke balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

 ?? Salehhudin ?? Semua wanita warga China berusia 33 dan 47 tahun itu mempunyai pasport sah dan mereka disyaki menawarkan aktiviti pelacuran secara sampingan di premis refleksolo­gi itu melalui taktik ‘walk in”
Salehhudin Semua wanita warga China berusia 33 dan 47 tahun itu mempunyai pasport sah dan mereka disyaki menawarkan aktiviti pelacuran secara sampingan di premis refleksolo­gi itu melalui taktik ‘walk in”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia